Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Tentang Aku. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Semuanya dari dalam diri


Tiada siapa boleh ubah diri kita kecuali kita.
Tiada siapa boleh tolong ubah sikap kita kecuali kita.
Apa yang kita dapat hari ini adalah hasil yg kita usahakan 3-4 tahun lalu.

Hakikatnya apa yang kita usahakan sekarang menentukan masa depan 3-4 tahun  kita akan datang.

Guru sebagai pembuka jalan, nasihat sebagai bimbingan agar tak lari dari landasan.

Terima dengan hati lapang membuka pintu cahaya hikmah tetapi jika merungut selamanya jiwa dalam kegelapan.

Pilihan ditangan kita.

Tak perlu tanya orang lain, tanyalah diri apa yang perlu dilakukan untuk mendapat masa depan yang hebat!

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/

Wednesday, 11 July 2012

Ku suka...

Suka sangat-sangat...!!
Masih draf ne, masih ada sedikit pembetulan lagi.
Ok, tak sabar! ^____^

Wednesday, 16 November 2011

Kota Kinabalu, Sabah

Baru2 ne aku berpeluang ke KK untuk melihat perkembangan rakan2 ESP yang nampaknya sudah mula melakarkan kejayaan disana. Mereka ada kekuatan dan plan sendiri utk memajukan bisnes masing2. Dari segi pendapatan, rata2 membuahkan hasil yang amat memberansangkan hanya dalam masa 3bulan. Namun demikian, kami sama2 saling ingat mengingati, perniagaan ESP ini umpama menanam bawang dengan buah durian. 

Menanam bawang : tak memerlukan masa yg panjang. Hasilnya hanya boleh dinikmati sekali saja.

Pokok durian : Hasil yang bakal dinikmati bukan dalam masa yang singkat tetapi perlukan masa. Dalam tempoh itu, kita belajar bersabar menanti hasil. Dan apabila masa itu sudah sampai, hasilnya bukan sekali tetapi berpanjangan.

Begitu juga ESP. Perniagaan ini bukan untuk cepat kaya tetapi nilai yang terkandung di dalamnya bukan nilai kewangan semata-mata. Tidak dinafikan keuntungan wang tetap matlamat utama sesebuah perniagaan. Namun perniagaan ESP ini mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri berbanding perniagaan lain. Melalui perniagaan ESP ini, sikap dibentuk, disiplin, jati diri, kepimpinan melalui teladan, contoh untuk anak-anak, kemampuan berhadapan cabaran masyarakat setempat atau secara kesimpulannya berpeluang menjadi wanita yang luar biasa dalam bidang kewanitaan.
  
Bagaimana ? Cuba anda renung sejenak dan fikirkan 2 soalan ini : 
  • Kenapa wanita perlu menjahit?
  • Kenapa mesin jahit perlu ada disetiap rumah ? 

Jawapan aku :
  • Melalui jahitan kasih sayang disalurkan. Aku ne xpandai berkata-kata. Jadi aku amat berharap, melalui hasil tangan aku, anak2, suami dan keluarga dapat merasai kasih sayang yg aku nk berikan. Tapi dalam masa yg sama, jika ada org berminat, aku boleh jahitkan jugak dan inilah sumber pendapatan aku. Selain dari tu

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

         Jadi aku fokus jugak buat kelas jahitan utk yg berminat supaya inilah saham  akhirat aku.

  • Kenapa mesin jahit perlu ? hahahhaha… jwpn aku utk soalan ne hampeh sikit..aku malas jahit tgn hokey! Kalo aku boleh elak, aku elak. Lagipun mesin jahit skang dah canggih tau..xyah susah2..setting je mesin tu..setel!

Tu jwpan aku. Korang ?

Atau jika nk jwpn detail terus PM aku di fb, sofar  ‘Mrsgobel Cun’ atau email ‘faridah_abas@yahoo.com’


Friday, 4 November 2011

ACW dalam kenangan..

Bismillah..

Post ini amat penting buat aku...sebabnya 'perjalanan' yang aku pilih ne bukan mudah dan bukan jugak 100% lahir dari lubuk hati aku. Tetapi kenangan2 yg aku tempuh selama berada di ACW ne membuatkan aku tekad memilih apa yang aku pilih pada hari ne.

Rasanya 'kenangan2' itu, tak perlulah aku kongsi dengan korang semua. Cukup sekadar, aku tepek 'ACW' ini di sini sebagai penguat semangat bilamana aku cukup yakin 'jalan' yang aku pilih ini bukanlah jalan mudah tetapi amat yakin boleh menjadikan aku - 'Yang Tunggal Yang Istimewa'

fresh from ACW...xmo edit2... :P

    
~ 'bunga' yang xberapa nk kembang sebb dah kena 'pajak' ~



~ created by faridah abas ~

Bismillah...

'Cant's stop my day until needle and thread meets'