Monday 26 November 2012

Mudahnya berjanji...

Salam.

Berjanji....Memberi harapan memang mudah. Tapi tahukah betapa buruknya kesan yang akan berlaku ekoran janji-janji atau harapan tersebut?

Katalah 'tidak' atau 'saya akan sedaya upaya' 'insyaAllah ' atau seumpamanya apabila memberikan jawapan.

Apabila yang di rancang, tidak menjdi seperti yang di rancang..rasanya xde lah terkilan sangat. Siapa yg terkilan tu? Merrka yg di berikn janjinya itu la. Contohnya yang sedang saya alami sekarang

Friday 2 November 2012

Produk PAJK

Antara produk PAJK yang boleh anda tempah. Jika ada syarikat korporat yang berminat pun boleh. 

Tengok.. tengok ye....







Hubungi PAJK atau direct call saya pun boleh.....

PAJK


“Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1 Azam” itulah maksud PAJK tu!

Ha….. panjang tak nama tu? Miahahaa…. 


Asalnya, kerajaan tubuhkan pogram 1Azam untuk bantu rakyat yang PENDAPATAN ISI RUMAHNYA KURANG RM2500. Beb, zaman yang semuanya nak pakai duit ne, macam mana dengan hanya rm2500 je, golongan ne nk survive. Tambah-tambah  pulak yang duduk Bandar tu. Phewww~

So golongan ne kira rakyat miskin la kan..? Setuju…?

So that, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluara & Masyarakat kerajaan pump bajet dengan sediakan lahitan kemahiran yang kemudianya bolehla mula berbisnes kepada golongan ne selepas tamat kursus-kursus yang dipilih.

Ada macam-macam AZAM ne sebenarnya… Azam Tani, Azam Kerja…..apa lagi eh? Lupa pulak~ ^__^

Banyak syarikat yang join. Antaranya KFC, Mat Salai, ada syarikat bahagian facial, makanan....Epal pulak diberi kepercayaan untuk bagi latihan menjahit la kan. Bagus kan program ini. 

Daripada kita asyik la bagi ‘ikan’ kepada golongan-golongan ni, better la kasi ‘pancing’ kan? Duit sekejap je boleh habis. Ilmu + kemahiran…boleh buat duit berpanjangan. Selagi kita berusaha keras gunakan apa yang ada tu la kan. InsyaAllah….

Program 1Azam ne berjaya tau. Ada salah sorang yang datang dari Melaka..lelaki..pendapatan dia lepas ikuti kursus ne (maksudnya mulakan perniagaan) untung dia bulan tu RM 25,000 !!! (peserta under Epal tau dan sayangnyaaaaaa aku lupa cari dia lepas majlis tu! Oh~ erk…cari untuk amil gambar ah….)

#@%$^%&^*&^* aku yang kerja bertahun ne pun tak mampu nk rasa pegang duit banyak tu hokey!!

Tapi aku YAKIN  tak semua peserta ne boleh jual produk siap & perkhidmatan masing-masing. Perkara ne berlaku jugak dekat aku actullay. Pandai jahit, ada produk tapi takde market… kan tak cantik endingnya tu….. 

Maka dengan itulah tertubuhnya persatuan ne……

Ok..ok…cerita ini tak berakhir disini…. Ceritanya baru nak bermula.. ^_^

Cerita itu adalah….

 Berbincang protocol yang perlu dipatuhi.

 Persiapan rancak. Kejar masa ne...

Lampu pun belum bukak da…

Series beb kawan aku sorang ne. Hahahaha...
Aku jadi MC that day. Keh3… malu la nak mengaku direct kan. Kasi bunga-bunga dulu. Layanzzz…..

 Bakal-bakal tetamu. Seram beb!

 from ‘my’ view
Gambar sendiri? takde yang berkualiti.... Adoi !

Sebenarnya dah beberapa kali jd MC ne. Tapi segan sehhhhh nak cerita. Hanya yang tau je tau… Hahahaha…. Faham ke ?

Pertama kali ada speaker cakap ‘terima kasih cik pengerusi majlis….’

Kembang sa-taman beb! Diulangi PERTAMA KALI ye~

Majlis sepatotnya berlangsung 2-4pm. Tapi lebih kurang 3. 15pm camtu..selesai dah. Fuh..memang tak sangka majlis akan habis secepat tu. Ni sebab majlis ne lebih banyak orang itu cakap, orang ini cakap..then setel. Tu je. Tu mujur ada aku membebel panjang-panjang setiap kali satu-satu sesi nak bermula tu. Phew~ bukan aku saja-saja nak bebel tu. TUGAS…kena la buat sebaiknya kan… semuanya berjalan seperti yang dirancang la. Cuma semasa part pemberian cenderamata kpd VIP yang tak berapa smooth sikit. Memang tak cantik tapi KAMI BELAJAR SESUATU. Tak semuanya akan smooth seperti yang kita nak. Dan aku sebagai MC kena amik cabaran tu untuk redakan suasana… Again, memang tak cantik tapi KAMI BELAJAR SESUATU….

 VIP event ne :
YB Senator Datuk Heng Sai Ki
Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

 Semua tengah pandang ‘cik pengerusi majlis’ membebel. Nampak tak riak-riak kebosanan tu ?

Semua peserta event ne sign kat wall hanging sebagai tanda minta sokongan kat YB. Aku menyelit sekali.. Hehehe…

Lepas je habis, event ne ada pameran pulak. Pameran ne SANGAT-SANGAT unik pada aku.
Sebab pameran ni menonjolkan betapa luasnya kehendak pasaran yang ada, yang boleh tukang-tukang jahit ne penuhi. Sebelum ne memang nampak. Memang tau…Cuma, bila ada pameran ne, idea tu lebih luas & lebih jelas lagi. Apa yang menariknya tu ? ok, setiap pameran di bahagikan kepada keperluan asas hidup seorang manusia > MAKANAN, PENGANGKUTAN, PAKAIAN,HIASAN RUMAH. 

Premium Gift

 
 Hiasan rumah / Penginapan

Masakan

Ala….. Gambar pameran yang cun cun tak banyak yang aku ada. So, letak pamphlet produk ah…

Antara produk yang aku suka.. Baru perasan.. tak banyak rupanya. Aduh !

 Beg Microwave > letak jagung, ubi dalam beg. Masuk dalam microwave. Masak sekali. Haaaaa... korang ada? Hasilnya makanan akan cepat masak dan katanya lebih sedap. Ne idea Tengku Puan Pahang tau. Dia tengah sengih kat korang tuh ? keh... keh.. keh...

 Ini aku pernah cerita. Cara nak elakkan bawang/halia dari 'terbang' masa ketuk nak nak masak tu. Caranya masukkan bawang/halia, ketuk, ....... takdelah mereka 'terbang' sesuka hati~

 Nota Resepi > Haaaaa.. ni tak pernah di buat orang. Comfirm resepi tak hilang beb! Sulam resepi kat plate mat peh tu jadi hiasan.

Ne pun pernah cerita. Adakah penggunaan tisu bagus untuk kesihatan? Terutama semasa kerja-kerja memasak? Kain boleh ambil alih tugas ne dengan lebih baik dan sangat baik tau!

Menarik kan ?

Jom mula menjahit……

Nak menempah pun apa salahnya~ 

Kat bawah ne senarai ringkas produk PAJK....






Hubungi saya ^___^

Wajah-wajah kepenatan tapi ceria sebab kerja dah setel~



Sekian. ^^

Thursday 1 November 2012

Minum petang~



Dua rakan sekerja ne diraikan sebab yang sorang lahir bulan 9 dan sorang lagi lahir bulan 10. Company ne memang akan raikan setiap staf yang sambut birthday pada bulan tu. Event yang baik walaupun ‘kami-kami’ je..sekurang-kurangnya kita ingat nak wish dekat kawan-kawan. Sepatotnya ada lagi yang lain. Tapi hanya dua orang ne je yang ada masa ne….

Kadang-kadang kita ne sibuk sampai lupa sebenarnya kawan baik kita sambut birthday bulan tu. Kadang-kadang..sebenarnya ingat. Lagi 2 minggu..ish kemain lagi set dalam otak. Tup tup sampai masa yang sepatotnya…terlupa la..bz la.. itu la.. ini la….

BTW, dear halizah…

Semoga usia yang bertambah membawa keberkatan. Semoga kau terus happy, ceria, terer menjahit dan yang penting, jangan boring selalu kena ajar kawan kau yang tak berapa terer nk menjahit ne. 




Macammana aku leh rapat ngan dia eh? Asalnya aku suka tanya dia bab bab jait ne. Sebab dia memang tak kedekut ilmu. Cara dia bantu memang betul-betul nak bantu. Bukan ‘cecah-cecah’ je… dan cara dia ajar aku, dia x buat aku ne macam bodoh..dia layan aku satu persatu..tak bosan..  Aku respek dengan sikap dia tu. So, dari situ aku dah mula sayang dia…sayang persabahatan ne….



Masa aku pergi Kota Kinabalu ngan bos aku dulu.. aku meluahkan perasaan yang mana aku cakap orang Sabah ne sombong-sombong… yup sebab aku memang ramai kawan dari sana tapi persabahatan kami mesti ada ‘gap’ walaupun kami hang out sama-sama..itu ini sama-sama… macam ada satu ‘batu’ tau. 

 Abang Raub yang SANGAT SANGAT SANGAT pemaluuuuu

Then dia jawab….. orang sabah ne sebenarnya bukan sombong tapi mereka sebenarnya takut dengan orang semenanjung. ‘takut’ maksud dia ialah… orang semenanjung yang pergi ke Sabah kebiasaan yang terjadi adalah mereka buat hal yang tak baik. Jadi mereka (Sabahan) ada satu tanggapan yang mereka perlu sentiasa berwaspada dengan orang semenanjung.. tapi bila mereka dah percaya, erm…mereka sebenarnya baik. 

Setakat mana kebenaran orang semenanjung buat ‘tak baik’ kat sana… tu tak pasti… wallahualam…..

 orang kuat...orang semenanjung nehhh...

Aku ? Amik pendekatan…try ikhlas kan persahabatan aku ngan diorang ne. Aku mulakan dengan halizah. 

Series beb…memang ‘gap’ itu macam x wujud dah…. Tak percaya… korang try la!

they all sabahan.... great knowing u guys !!
 
BTW setakat entri ne ditulis, ada beberapa kerat je yang tau kewujudan blog ni. Officemate? Langsung takde…. So, takde isu bodek-bodek eh. Ni IKHLAS dari hati… 

Again…. Happy Birthday Halizah

 goyang la pulak ^_____^