“Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1 Azam” itulah maksud
PAJK tu!
Ha….. panjang tak nama tu? Miahahaa….
Asalnya, kerajaan tubuhkan pogram 1Azam untuk bantu rakyat
yang PENDAPATAN ISI RUMAHNYA KURANG
RM2500. Beb, zaman yang semuanya nak pakai duit ne, macam mana dengan hanya
rm2500 je, golongan ne nk survive. Tambah-tambah pulak yang duduk Bandar tu. Phewww~
So golongan ne kira rakyat miskin la kan..? Setuju…?
So that, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluara
& Masyarakat kerajaan pump bajet dengan sediakan lahitan kemahiran yang
kemudianya bolehla mula berbisnes kepada golongan ne selepas tamat
kursus-kursus yang dipilih.
Ada macam-macam AZAM ne sebenarnya… Azam Tani, Azam Kerja…..apa
lagi eh? Lupa pulak~ ^__^
Banyak syarikat yang join. Antaranya KFC, Mat Salai, ada
syarikat bahagian facial, makanan....Epal pulak diberi kepercayaan untuk bagi
latihan menjahit la kan. Bagus kan program ini.
Daripada kita asyik la bagi ‘ikan’ kepada golongan-golongan
ni, better la kasi ‘pancing’ kan? Duit sekejap je boleh habis. Ilmu + kemahiran…boleh
buat duit berpanjangan. Selagi kita berusaha keras gunakan apa yang ada tu la
kan. InsyaAllah….
Program 1Azam ne berjaya tau. Ada salah sorang yang datang
dari Melaka..lelaki..pendapatan dia lepas ikuti kursus ne (maksudnya mulakan
perniagaan) untung dia bulan tu RM 25,000 !!! (peserta under Epal tau dan
sayangnyaaaaaa aku lupa cari dia lepas majlis tu! Oh~ erk…cari untuk amil
gambar ah….)
#@%$^%&^*&^* aku yang kerja bertahun ne pun tak
mampu nk rasa pegang duit banyak tu hokey!!
Tapi aku YAKIN tak
semua peserta ne boleh jual produk siap & perkhidmatan masing-masing. Perkara
ne berlaku jugak dekat aku actullay. Pandai jahit, ada produk tapi takde market…
kan tak cantik endingnya tu…..
Maka dengan itulah tertubuhnya persatuan ne……
Ok..ok…cerita ini tak berakhir disini…. Ceritanya baru nak
bermula.. ^_^
Cerita itu adalah….
Berbincang protocol yang perlu dipatuhi.
Persiapan rancak. Kejar masa ne...
Aku jadi MC that day. Keh3… malu la nak mengaku direct kan. Kasi
bunga-bunga dulu. Layanzzz…..
Bakal-bakal tetamu. Seram beb!
from ‘my’ view
Gambar sendiri? takde yang berkualiti.... Adoi !
Sebenarnya dah beberapa kali jd MC ne. Tapi segan sehhhhh
nak cerita. Hanya yang tau je tau… Hahahaha…. Faham ke ?
Kembang sa-taman beb! Diulangi PERTAMA KALI ye~
Majlis sepatotnya berlangsung 2-4pm. Tapi lebih kurang 3.
15pm camtu..selesai dah. Fuh..memang tak sangka majlis akan habis secepat tu. Ni
sebab majlis ne lebih banyak orang itu cakap, orang ini cakap..then setel. Tu je.
Tu mujur ada aku membebel panjang-panjang setiap kali satu-satu sesi nak
bermula tu. Phew~ bukan aku saja-saja nak bebel tu. TUGAS…kena la buat sebaiknya
kan… semuanya berjalan seperti yang dirancang la. Cuma semasa part pemberian
cenderamata kpd VIP yang tak berapa smooth sikit. Memang tak cantik tapi KAMI
BELAJAR SESUATU. Tak semuanya akan smooth seperti yang kita nak. Dan aku
sebagai MC kena amik cabaran tu untuk redakan suasana… Again, memang tak cantik
tapi KAMI BELAJAR SESUATU….
VIP event ne :
YB Senator Datuk Heng Sai Ki
Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Semua tengah pandang ‘cik pengerusi majlis’ membebel.
Nampak tak riak-riak kebosanan tu ?
Semua peserta event ne sign kat wall hanging sebagai tanda minta sokongan kat YB. Aku menyelit sekali.. Hehehe…
Lepas je habis, event ne ada pameran pulak. Pameran ne
SANGAT-SANGAT unik pada aku.
Sebab pameran ni menonjolkan betapa luasnya kehendak pasaran
yang ada, yang boleh tukang-tukang jahit ne penuhi. Sebelum ne memang nampak. Memang
tau…Cuma, bila ada pameran ne, idea tu lebih luas & lebih jelas lagi. Apa yang
menariknya tu ? ok, setiap pameran di bahagikan kepada keperluan asas hidup
seorang manusia > MAKANAN, PENGANGKUTAN, PAKAIAN,HIASAN RUMAH.
Hiasan rumah / Penginapan
Masakan
Ala….. Gambar pameran yang cun cun tak banyak yang aku ada. So,
letak pamphlet produk ah…
Antara produk yang aku suka.. Baru perasan.. tak banyak rupanya. Aduh !
Ini aku pernah cerita. Cara nak elakkan bawang/halia dari 'terbang' masa ketuk nak nak masak tu. Caranya masukkan bawang/halia, ketuk, ....... takdelah mereka 'terbang' sesuka hati~
Nota Resepi > Haaaaa.. ni tak pernah di buat orang. Comfirm resepi tak hilang beb! Sulam resepi kat plate mat peh tu jadi hiasan.
Ne pun pernah cerita. Adakah penggunaan tisu bagus untuk kesihatan? Terutama semasa kerja-kerja memasak? Kain boleh ambil alih tugas ne dengan lebih baik dan sangat baik tau!
Menarik kan ?
Jom mula menjahit……
Nak menempah pun apa salahnya~
Kat bawah ne senarai ringkas produk PAJK....
Sekian. ^^
No comments:
Post a Comment