Dua rakan sekerja ne diraikan sebab yang sorang lahir bulan
9 dan sorang lagi lahir bulan 10. Company ne memang akan raikan setiap staf yang
sambut birthday pada bulan tu. Event yang baik walaupun ‘kami-kami’
je..sekurang-kurangnya kita ingat nak wish dekat kawan-kawan. Sepatotnya ada
lagi yang lain. Tapi hanya dua orang ne je yang ada masa ne….
Kadang-kadang kita ne sibuk sampai lupa sebenarnya kawan
baik kita sambut birthday bulan tu. Kadang-kadang..sebenarnya ingat. Lagi 2
minggu..ish kemain lagi set dalam otak. Tup tup sampai masa yang sepatotnya…terlupa
la..bz la.. itu la.. ini la….
BTW, dear halizah…
Semoga usia yang bertambah membawa keberkatan. Semoga kau
terus happy, ceria, terer menjahit dan yang penting, jangan boring selalu kena
ajar kawan kau yang tak berapa terer nk menjahit ne.
Macammana aku leh rapat ngan dia eh? Asalnya aku suka tanya
dia bab bab jait ne. Sebab dia memang tak kedekut ilmu. Cara dia bantu memang
betul-betul nak bantu. Bukan ‘cecah-cecah’ je… dan cara dia ajar aku, dia x
buat aku ne macam bodoh..dia layan aku satu persatu..tak bosan.. Aku respek dengan sikap dia tu. So, dari situ
aku dah mula sayang dia…sayang persabahatan ne….
Masa aku pergi Kota Kinabalu ngan bos aku dulu.. aku
meluahkan perasaan yang mana aku cakap orang Sabah ne sombong-sombong… yup
sebab aku memang ramai kawan dari sana tapi persabahatan kami mesti ada ‘gap’
walaupun kami hang out sama-sama..itu ini sama-sama… macam ada satu ‘batu’ tau.
Abang Raub yang SANGAT SANGAT SANGAT pemaluuuuu
Then dia jawab….. orang sabah ne sebenarnya bukan sombong
tapi mereka sebenarnya takut dengan orang semenanjung. ‘takut’ maksud dia ialah…
orang semenanjung yang pergi ke Sabah kebiasaan yang terjadi adalah mereka buat
hal yang tak baik. Jadi mereka (Sabahan) ada satu tanggapan yang mereka perlu
sentiasa berwaspada dengan orang semenanjung.. tapi bila mereka dah percaya,
erm…mereka sebenarnya baik.
Setakat mana kebenaran orang semenanjung buat ‘tak baik’ kat
sana… tu tak pasti… wallahualam…..
orang kuat...orang semenanjung nehhh...
Aku ? Amik pendekatan…try ikhlas kan persahabatan aku ngan
diorang ne. Aku mulakan dengan halizah.
Series beb…memang ‘gap’ itu macam x wujud dah…. Tak percaya…
korang try la!
BTW setakat entri ne ditulis, ada beberapa kerat je yang tau
kewujudan blog ni. Officemate? Langsung takde…. So, takde isu bodek-bodek eh. Ni
IKHLAS dari hati…
Again…. Happy Birthday Halizah
goyang la pulak ^_____^
No comments:
Post a Comment