Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Konvensyen Epal 2013

Konvensyen seni jahitan kreatif anjuran Pusat Latihan Kraftangan Epal telahpun melabuhkan tirainya seminggu yang lalu. Jika sebelum konvensyen sibuklah dengan persiapan. Selepas konvensyen sibuklah pula mengemas! Penatnya jangan katala…. Fieda? Tolong tengok je. Sebab konvensyen kali ne sedang mengandung anak yang ke3 jadi ada excuse~ hihihih….
Fieda pun ada tanggungjawab jugak walaupun mengandung. Tapi kerja ringan jela namun tak kurang pentingnya. Ecewah…. Tetap tak mau kalah. Saja gurau…. Eh eh…tajuk topic ne nk citer pasal konvensyen. Melalut la pulak…
Entri ni akan dikarang beberapa peringkat la. Sebab tersangatlah panjangnya. Mungkin…. Hahahaha… harap-harap berjaya ditulis demi perkongsian anda yang membaca tu.

   
Konvensyen kali ne dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK). Dijalankan pada 26hb – 30hb Jun 2013 di One Utama, Damansara.

Antara aktiviti-aktiviti jahitan yang dijalankan adalah :-
1) Pertukaran 32 keping quilt block dengan luar Negara.
2) Wanita Malaysia hasilkan 400 keping quilt berukuran 12”x12” untuk jualan amal.
3) Aktiviti jahitan percuma untuk 300 orang ibu tunggal.
4) Aktiviti menjahit DIY yang hanya memerlukan masa 1 jam. Ada 4 projek jahitan di tawarkan.
5) Aktitviti menjahit dengan pakar luar Negara - Taiwan & Jepun selama 4 jam.
6) Perasmian oleh Tengku Puan Pahang
8) Pameran seni jahitan kreatif.
9) Aktitiviti menjahit untuk anak-anak menggunakan Sew Mini.

Seriously, aktiviti sangatlah padat! Setiap kali ada pengunjung yang walk-in memang diorang teruja! Yela..biasanya menjahit.. well~ jahit pakaian…. Tapi bila Epal anjurkan pameran besar-besaran tentang seni jahitan kreatif masing-masing ambil pengalaman baru. Ok, yang itu fieda akan try share semasa buat entri mengikut kategori-kategori yang dah diklasifikasikan tu. Ecewah…..

Yang tak minat..ada jugak. Tengok sambil lalu je… Fieda sebagai antara staf yang kena duduk depan pintu masuk, kena bagi flyer pada pengunjung, as long as diorang tak minat tapi sudi senyum or cakap it’s ok thanks…sejuk rasa hati… malu oke! Tapi demi tugas kuteruskan jua~ hahahaha….

Ok. Doakan saya berjaya sharing semua entri ne ye~

Friday, 2 November 2012

PAJK


“Persatuan Alumni Jahitan Kreatif Epal 1 Azam” itulah maksud PAJK tu!

Ha….. panjang tak nama tu? Miahahaa…. 


Asalnya, kerajaan tubuhkan pogram 1Azam untuk bantu rakyat yang PENDAPATAN ISI RUMAHNYA KURANG RM2500. Beb, zaman yang semuanya nak pakai duit ne, macam mana dengan hanya rm2500 je, golongan ne nk survive. Tambah-tambah  pulak yang duduk Bandar tu. Phewww~

So golongan ne kira rakyat miskin la kan..? Setuju…?

So that, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluara & Masyarakat kerajaan pump bajet dengan sediakan lahitan kemahiran yang kemudianya bolehla mula berbisnes kepada golongan ne selepas tamat kursus-kursus yang dipilih.

Ada macam-macam AZAM ne sebenarnya… Azam Tani, Azam Kerja…..apa lagi eh? Lupa pulak~ ^__^

Banyak syarikat yang join. Antaranya KFC, Mat Salai, ada syarikat bahagian facial, makanan....Epal pulak diberi kepercayaan untuk bagi latihan menjahit la kan. Bagus kan program ini. 

Daripada kita asyik la bagi ‘ikan’ kepada golongan-golongan ni, better la kasi ‘pancing’ kan? Duit sekejap je boleh habis. Ilmu + kemahiran…boleh buat duit berpanjangan. Selagi kita berusaha keras gunakan apa yang ada tu la kan. InsyaAllah….

Program 1Azam ne berjaya tau. Ada salah sorang yang datang dari Melaka..lelaki..pendapatan dia lepas ikuti kursus ne (maksudnya mulakan perniagaan) untung dia bulan tu RM 25,000 !!! (peserta under Epal tau dan sayangnyaaaaaa aku lupa cari dia lepas majlis tu! Oh~ erk…cari untuk amil gambar ah….)

#@%$^%&^*&^* aku yang kerja bertahun ne pun tak mampu nk rasa pegang duit banyak tu hokey!!

Tapi aku YAKIN  tak semua peserta ne boleh jual produk siap & perkhidmatan masing-masing. Perkara ne berlaku jugak dekat aku actullay. Pandai jahit, ada produk tapi takde market… kan tak cantik endingnya tu….. 

Maka dengan itulah tertubuhnya persatuan ne……

Ok..ok…cerita ini tak berakhir disini…. Ceritanya baru nak bermula.. ^_^

Cerita itu adalah….

 Berbincang protocol yang perlu dipatuhi.

 Persiapan rancak. Kejar masa ne...

Lampu pun belum bukak da…

Series beb kawan aku sorang ne. Hahahaha...
Aku jadi MC that day. Keh3… malu la nak mengaku direct kan. Kasi bunga-bunga dulu. Layanzzz…..

 Bakal-bakal tetamu. Seram beb!

 from ‘my’ view
Gambar sendiri? takde yang berkualiti.... Adoi !

Sebenarnya dah beberapa kali jd MC ne. Tapi segan sehhhhh nak cerita. Hanya yang tau je tau… Hahahaha…. Faham ke ?

Pertama kali ada speaker cakap ‘terima kasih cik pengerusi majlis….’

Kembang sa-taman beb! Diulangi PERTAMA KALI ye~

Majlis sepatotnya berlangsung 2-4pm. Tapi lebih kurang 3. 15pm camtu..selesai dah. Fuh..memang tak sangka majlis akan habis secepat tu. Ni sebab majlis ne lebih banyak orang itu cakap, orang ini cakap..then setel. Tu je. Tu mujur ada aku membebel panjang-panjang setiap kali satu-satu sesi nak bermula tu. Phew~ bukan aku saja-saja nak bebel tu. TUGAS…kena la buat sebaiknya kan… semuanya berjalan seperti yang dirancang la. Cuma semasa part pemberian cenderamata kpd VIP yang tak berapa smooth sikit. Memang tak cantik tapi KAMI BELAJAR SESUATU. Tak semuanya akan smooth seperti yang kita nak. Dan aku sebagai MC kena amik cabaran tu untuk redakan suasana… Again, memang tak cantik tapi KAMI BELAJAR SESUATU….

 VIP event ne :
YB Senator Datuk Heng Sai Ki
Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

 Semua tengah pandang ‘cik pengerusi majlis’ membebel. Nampak tak riak-riak kebosanan tu ?

Semua peserta event ne sign kat wall hanging sebagai tanda minta sokongan kat YB. Aku menyelit sekali.. Hehehe…

Lepas je habis, event ne ada pameran pulak. Pameran ne SANGAT-SANGAT unik pada aku.
Sebab pameran ni menonjolkan betapa luasnya kehendak pasaran yang ada, yang boleh tukang-tukang jahit ne penuhi. Sebelum ne memang nampak. Memang tau…Cuma, bila ada pameran ne, idea tu lebih luas & lebih jelas lagi. Apa yang menariknya tu ? ok, setiap pameran di bahagikan kepada keperluan asas hidup seorang manusia > MAKANAN, PENGANGKUTAN, PAKAIAN,HIASAN RUMAH. 

Premium Gift

 
 Hiasan rumah / Penginapan

Masakan

Ala….. Gambar pameran yang cun cun tak banyak yang aku ada. So, letak pamphlet produk ah…

Antara produk yang aku suka.. Baru perasan.. tak banyak rupanya. Aduh !

 Beg Microwave > letak jagung, ubi dalam beg. Masuk dalam microwave. Masak sekali. Haaaaa... korang ada? Hasilnya makanan akan cepat masak dan katanya lebih sedap. Ne idea Tengku Puan Pahang tau. Dia tengah sengih kat korang tuh ? keh... keh.. keh...

 Ini aku pernah cerita. Cara nak elakkan bawang/halia dari 'terbang' masa ketuk nak nak masak tu. Caranya masukkan bawang/halia, ketuk, ....... takdelah mereka 'terbang' sesuka hati~

 Nota Resepi > Haaaaa.. ni tak pernah di buat orang. Comfirm resepi tak hilang beb! Sulam resepi kat plate mat peh tu jadi hiasan.

Ne pun pernah cerita. Adakah penggunaan tisu bagus untuk kesihatan? Terutama semasa kerja-kerja memasak? Kain boleh ambil alih tugas ne dengan lebih baik dan sangat baik tau!

Menarik kan ?

Jom mula menjahit……

Nak menempah pun apa salahnya~ 

Kat bawah ne senarai ringkas produk PAJK....






Hubungi saya ^___^

Wajah-wajah kepenatan tapi ceria sebab kerja dah setel~



Sekian. ^^