Wednesday 24 July 2013

7) Pentas pengiktirafan kepada beberapa wanita Epal & anak-anak yang layak*.

Wow, siap ada simbol * tu… kenapa la ye?
Pada majlis perasmian ne, memang setiap kali konvensyen akan ada pentas pengiktirafan kepada wanita-wanita Epal yang berjaya meraih pendapatan luar biasa. Seriously LUAR BIASA! Mana tak nya. Tokoh-tokoh wanita ne menjahit di rumah je tau. Ada yang buat sambilan je. Malah untuk melayakkan diorang menang, penilaian juga akan lihat pencapaian anak-anak dia. Kiranya, walaupun ibu menjahit anak tetap terpelihara makan pakai la macam tu.
Ok, meh nak share pemenang Tokoh Wanita Cemerlang tempat ke3 :-
Beliau merupakan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 12 tahun. Suaminya merupakan guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sek Men Keb Long Ghafar 2, Kota Bharu. Beliau sudahpun berkecimpung dalam bidang jahitan ini 10 tahun lamanya. Tidak sah menjadi orang pantai timur yang tak suka meniaga. Asalnya, menjahit hanya suka-suka. Disebabkan tempahan dan permintaan bertambah hari ke hari, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membina bengkel jahitan di perkarangan rumahnya. Daripada sekadar hobi, menjadi satu tanggungjawab. Sejak tahun 2009 hingga kini, beliau menjahit produk-produk untuk Kraftangan Malaysia negeri Kelantan dan produk terkini hasil kerja beliau untuk kraftangan negeri Kelantan adalah Beg Bekas Bekal yang menggunakan kain kenaf. Sekiranya para hadirin berpeluang untuk ke pameran Hari Kraf Kebangsaan, produk-produk hasil kerja tangan beliau seperti beg, sarung kusyen, alas meja yang menggunakan kain batik, songket dan kenaf ada dipamerkan di sana. Memperolehi pendapatan sebanyak RM 42,372 sepanjang tahun 2012 dengan purata pendapatan bulanan RM 3,531, beliau yang dimaksudkan ialah Puan Fareza Mohamed dari negeri Kelantan.

Tokoh Wanita Cemerlang tempat ke2 :-
Beliau merupakan graduan akuantansi dan ibu kepada 4 cahaya mata yang dilahirkan di Terengganu. Pada tahun 2005, beliau ditawarkan Valuntary Separation Scheme atau VSS. Justeru, beliau mengintai-intai peluang perniagaan yang sesuai untuk dirinya sambil tidak mengabaikan tugas seorang ibu. Bermodalkan  wang VSS yang diterima,  beliau mengambil kursus jangka pendek belajar menjahit langsir dan menjadikan tukang jahit sebagai kerjaya. Bagi beliau, pemilihan kerjayanya ini amat penting supaya boleh dijadikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Malah baginya VSS bukan penamat sebaliknya VSS adalah permulaan kerjaya. Pelanggan beliau fokus kepada kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga. Ditambah pula dengan kemahiran seni jahitan kreatif, kini beliau boleh tersenyum dan tidak perlu lagi risau kerana boleh menjana pendapatan sepanjang tahun. Niat asal untuk menambah pendapatan keluarga sambil memberi inspirasi kepada anak-anak, kini beliau boleh berbangga kerana berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 110,960 sepanjang tahun 2012 dengan purata pendapatan bulanan RM 9,246, beliau yang dimaksudkan ialah Puan Jamaliyah Salleh dari negeri Selangor.

Tokoh Wanita Cemerlang tempat Pertama :-
Beliau merupakan ibu kepada 4 cahaya mata yang semuanya bersekolah dan tentunya memerlukan perbelanjaan persekolahan yang tinggi. Walaupun bergaji tetap dan merupakan seorang penjawat awam dalam sebuah jabatan kerajaan, kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan beliau terfikir mencari pendapatan tambahan. Berbekalkan beberapa biji mesin sulam, sokongan suami, ibu yang turut membantu, malah tidak menghampakan anak-anak yang ringan tulang, kini aktiviti menyiapkan tempahan umpama aktiviti yang mengeratkan hubungan beliau sekeluarga.
Walaupun bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan pada waktu malam itu tidak bermakna beliau tidak komited dengan kerjayanya. Buktinya beliau telah dinobatkan Pekerja Cemerlang pada Julai 2012 dan Pekerja Terbaik Dalam Jabatan pada Disember 2012. Tempahan yang semakin memberansangkan dan yakin dengan pendapatan yang bakal diperolehi, membuatkan beliau nekad untuk meletakkan jawatan baru-baru ini.  Justeru keputusan meletakkan jawatan pada bulan Mei lalu sebenarnya telah mengecewakan Tuan Pengarah beliau.
Para hadirin sekalian, pada tahun 2011 beliau mencatat kemenangan di tempat ketiga dengan purata pendapatan RM 7,000 pada hari ini dengan bangganya beliau telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa hanya dalam masa 2 tahun sahaja. Pada tahun ini, beliau telah mengungguli tempat pertama, dengan pendapatan sebanyak RM 260,115 sepanjang tahun 2012 dan purata pendapatan bulanan RM 21,676. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Sarizal Hapimi bt Sabudin dari Pulau Pinang

Amacam teruja tak?!
Ada juga pengiktirafan kepada anak-anak Epal yang berjaya dapat straight A’s dalam UPSR, PMR dan SPM. Fuh..diorg punya sharing pun makan dalam tau! Touching gila jika anak-anak fieda buat ucapan macam tu bila dah berjaya sok. Huhuhuh…..

Kategori UPSR :-
Adik Arief Taufiq dilahirkan pada 16hb Jun 2000 di Hospital Kota Tinggi, Mersing. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Pelajar yang meminati matapelajaran matematik dan sains ini juga seringkali memasuki pertandingan musabaqah al-quran dan bercita-cita untuk melangkahkan kaki ke MRSM. Alhamdulliah beliau sudahpun  terpilih ke MRSM Mersing selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.
Sebagai ibu dan ayah, Puan Hasnah dan Encik Azhar memberi dorongan dan sokongan padu kepada anaknya malah melengkapkan segala keperluan yang diperlukan termasuk teknologi komputer dan televisyen yang dipantau rapi oleh mereka. Berkat doa ibu ayah mudah-mudahan usaha dan pencapaian adik Arieff dicontohi adik-adik.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Adik Nurin Syafia binti Hisham dari Kelantan merupakan anak kepada pemenang Tokoh Wanita 2012 iaitu Puan Fariza Mohamed. Adik Nurin anak keempat dari lima orang adik beradik ini sedang menuntut di sekolah berprestasi tinggi, Sek Mek Keb Agama Naim Lilbanat.
Bagi beliau, kejayaan dalam bidang akademik dan kokurukulum yang dimilikinya, adalah hasil usaha dan sokongan ibu yang menyediakan tempat belajar yang kondusif untuknya di rumah. Ibu yang banyak memberi tunjuk ajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik ini, sentiasa memberi galakan untuk adik Nurin berjaya dalam bidang yang diminatinya. Kata adik Nurin, kejayaan saya, sepenuhnya adalah sokongan dan dorongan semua ahli keluarga.

Kategori PMR :-
Ayah saya pemandu. Ibu saya tukang jahit. Saya bakal doktor pakar.
Kata-kata adik Nurhayati bt Mazlan dari Melaka ini bukan sahaja kenyataan malah inilah gambaran masa depannya. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab masing-masing. Sebagai seorang anak, beliau merasakan tanggungjawab untuk mengharumkan nama ibu dan ayah di kalangan masyarakat kini telahpun beliau laksanakan. Beliau bersyukur ayah dan ibu tidak pernah sesekali mengeluh membesarkannya, malah memastikan keperluan kewangan dan kerohanian untuknya dan adik beradik yang lain, sentiasa  mencukupi. Kata adik Nurhayati lagi, saya bangga dikurniakan ibu dan ayah yang terbaik dalam kehidupan saya.

Kategori SPM :-
Keluarga sempurna saya terdiri dari ayah tiri saya, Mohd Sofian b Abdullah, ibu saya Aishah Ismail. Saya mempunyai 2 orang kakak. Yang pertama Norfazila yang bertugas sebagai doktor di Hospital Melaka, kedua Norhafiza sedang tahun akhir di UiTM dalam bidang kejuruteraan eletrik, yang bongsu adalah saya yang kini sedang mengambil kursus intensif Bahasa Arab di Kolej IKIP Pahang dan akan ke Mesir pada bulan September nanti untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian selama 5 tahun atas tajaan MARA. Walaupun  awalnya keluarga saya menghadapi pelbagai konflik, tapi ibu berjaya melengkapkan pelajaran kami bertiga dan hampir semuanya berjaya.
Kata beliau lagi, sejujurnya, ibu telah memberikan sokongan padu, pendidikan lahiriah dan insaniah, kasih sayang, perhatian serta keperluan asas yang sangat mencukupi. Atas dasar itu saya merasakan bahawa menggapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran  merupakan salah satu tanggungjawab terbesar saya terhadap ibu. Saya mengimpikan airmata daripada ibu disebabkan kejayaan saya bukannya kegagalan.  Maka dengan itu, ibu telah menjadi matlamat saya dalam pelajaran, kerana sesungguhnya membuat ibubapa  merasa bangga dengan anaknya adalah cara yang terbaik membalas jasa walaupun belum setaraf dengan apa yang ibu korbankan untuk kita. Adik yang begitu matang berkata-kata ini adalah adik Noraliaa binti Jaafar dari Selangor


Fieda tak tau apa perasaan korang baca sharing pemenang-pemenang ne. Buat fieda, personally memang amat-amat tersentuh…. Terutama bab anak-anak la. Yang kejayaan ibu-ibu tu kagum jela..
By the way, fieda ne kan MC untuk majlis tu. That’s why la dapat full story macam ne. Miahahaha…..
Fieada juga ada dengar, ada antara pemenang ne yang lepas majlis terus cabut sebab rasa bengang dan tertipu TPP tak hadir. Yela sebab mereka dah all out bekerja demi nak menang dan dapat bergambar dengan TPP. Bukan senang tu! Tapi harapnya mereka faham….kami/Epal tak pernah menipu. Memang sepatotnya TPP yang meresmi majlis dan sampaikan anugerah. Jika tak mana kami berani nak pakai banner, surat jemputan semuanya mention nama TPP. Gila ke hapa? Nak cari nahas….
Itulah namanya kita merancang segala-galanya dengan terbaik tapi Allah juga sebaik-baik perancang! Ada hikmah ne…. banyak… asalkan kita sudi berfikir dengan baik pasti kita nampak dengan jelas!
Bagi pihak majlis, jika hal ini benar.. maaf ye!

No comments:

Post a Comment