Melihat Crane Bird betapa damainya jiwa saya. Melihat Crane Bird saya berharap mampu menjadi sepertinya. Melihat Crane Bird saya yakin, sayalah wanita terbaik untuknya!
Tahukah anda, Crane Bird merupakan sejenis burung yang setia seumur hidup terhadap pasangan sepanjang hayatnya ?
Secara fitrahnya, manusia diciptakan berpasang-pasangan. Melalui takdir Tuhan kita dipertemukan, kemudiannya mengenali antara satu dengan yang lain dan akhirnya memilih untuk hidup bersama. Bakhtera perkahwinan umpama lautan luas. Kadangkala bergelora, kadangkala begitu tenang. Kematangan dan tolak ansur menjadi roda kemudi, kesabaran dan ketabahan menjadi kekuatan demi memperolehi sebuah perkahwinan yang kekal abadi.
Perasaan inilah yang mendorong saya menyiapkan quilt ini. Berbekalkan rasa cinta, kasih sayang dan kesetiaan seorang isteri kepada sang suami tersayang yang wujud dihati, maka saya gunakan teknik jahitan tangan sepenuhnya untuk melekatkan sepasang Crane Bird ini pada kain dasar. Cantuman kepingan-kepingan kain yang kecil dan kehalusan jahitan tangan amat saya titikberatkan walaupun proses ini memerlukan ketekunan dan kesabaran. Itulah cinta! Kerana cinta, kasih sayang dan kesetiaan, setiap cabaran, dugaan dan halangan sudi dihadapi dengan kesabaran.
Suamiku, aku berharap mampu menjadi seperti setianya Crane Bird sehingga akhir hayatku kepadamu dan aku juga berdoa, kau juga begitu…
No comments:
Post a Comment