Monday, 8 July 2013

Biar Gambar Berbicara…

Pengembaraan ke sesebuah tempat mempunyai pelbagai cerita. Tempat yang menarik, kenangan yang indah, kebahagiaan yang terpancar, masa berkualiti bersama keluarga dan pelbagai lagi kisah yang jika boleh ingin dikongsi dengan satu dunia. Justeru, apa jua memori anda biar gambar berbicara…..
Saya diamanahkan untuk menyiapkan quilt yang mengabadikan kenangan Madam Fully dan Mr. Sam yang bercuti ke Iceland. Asalnya pada saya itu adalah lumrah majikan kepada saya. Namun setelah quilt ini siap, kemudian digantung pada dinding barulah saya perasan betapa bahagianya mereka. Saya berdoa agar mereka terus kekal bahagia. Setelah berfikir sejenak, sebenarnya saya juga mempunyai keluarga yang bahagia malah ada banyak memori bersama ibu ayah, keluarga, kawan-kawan yang saya tidak berpeluang untuk dikongsikan bersama orang lain! Tak mustahil jika quilt ini menggunakan gambar saya sekeluarga tentu anda juga sudi doakan kebahagiaan saya. Ini idea baru. Selepas ini pasti saya akan abadikan memori indah saya pula.
Anda bagaimana?
Oleh : Haliza Patimin

No comments:

Post a Comment