Monday 8 July 2013

Satu Warna Satu Suara

Apakah yang anda lihat pada quilt ini ?.
Ada yang memberi jawapan, kotak yang berwarna warni, tangga yang berwarna warni dan ada juga yang katakan sarang madu lebah versi berwarna warni! Sebenarnya apa yang anda lihat hanyalah kesan daripada teknik cantuman kain dan gabungan warna semata-mata.
Apabila mata melihat sesuatu, kita sedang mentafsir apakah input yang ingin diterjemahkan ke dalam akal dan fikiran. Kita boleh memilih untuk mentafsir dari sudut positif apa yang dipandang dan berfikiran matang atau memilih untuk mentafsir dari sudut negatif lantas menjadikan emosi dan fikiran kita sentiasa dalam keadaan tertekan.
Setujukah anda jika saya katakan, satu warna memberi kesan yang tidak seberapa atau mungkin kurang serinya. Berbanding sekiranya pelbagai warna digabungkan bersama tentunya menghasilkan quilt yang menarik seperti ini. Selain ingin mengaplikasi kecantikan warna di dalam quilt ini, sebenarnya saya juga sedang menilai diri. Apakah saya mampu menampilkan sikap, kejayaan dan pencapaian dalam kerjaya seindah quilt ini tanpa bantuan dan kerjasama rakan sekerja? Saya yakin, saya bukan siapa-siapa. Begitu juga rakan-rakan sekerja yang lain. Masing-masing mempunyai karektor dan sikap yang tersendiri. Namun demikian saya juga yakin, adanya rakan-rakan seperjuangan di sekeliling saya, yang senantiasa menyokong dan memberikan semangat serta kerjasama antara satu sama lain, itulah antara kekuatan saya dan kekuatan kami semua.

No comments:

Post a Comment