United Buddy Bears merupakan pameran kesenian antarabangsa menampilkan lebih 140 patung beruang kaca gentian setinggi dua meter. Cogan katanya ialah:
"Kita mesti cuba mengenali satu sama lain, ini membolehkan kita memahami perasaan orang lain dengan lebih baik, lebih mempercayai satu sama lain, dan hidup bersama dengan lebih aman".
Ia mewakili lebih daripada 140 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan toleransi, persefahaman antarabangsa dan mewujudkan konsep hidup aman damai di kalangan pelbagai bangsa dan budaya.
Saya teruja menghasilkan quilt ini kerana setiap gambar patung mewakili Negara-negara tertentu yang ada di antaranya tidak pernah saya dengar! Setiap Negara menampilkan identiti dan budaya masing-masing memberikan saya satu pengalaman dan pengetahuan baru. Sejajar dengan konsep United Buddy Bears ini, saya kemudiannya memilih kain yang bertemakan tone hijau untuk menggabungkan kesemua patung bear kerana hijau membawa maksud merangkumi segala rasa cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.
Oleh : Khasmahwati Dillah
No comments:
Post a Comment