Monday, 8 July 2013

Biar Jauh Di Mata, Dihatiku Terkenang Selalu…..


Saya anak kampong yang merantau di bumi Semenanjung. Di sinilah sumber rezeki saya, rezeki yang turut saya kongsikan untuk ibu, ayah dan keluarga di kampong. Demi memberikan insan-insan berharga ini kehidupan yang lebih sempurna, saya sudi berkorban. Apa khabar agaknya kebun buah-buahan di bumi Sabah yang dirindui ?.
Bagaikan menyelusuri kebun buah-buahan di kampong, melihat pelbagai buah-buahan yang masak ranum, melihat kupu-kupu berterbangan, udara yang segar, suasana yang tenang dan mendamaikan. Betapa bertuahnya aku dengan kerjaya dan kemahiranku ini. Walaupun kampong halaman nun jauh di seberang laut, kini aku bagaikan berada di kebunku sendiri. Quilt ini memberikan aku ketenangan ketika menjahitnya, quilt ini umpama memahami perasaan rinduku, quilt ini membuatkan aku tidak terasa jauhnya merantau demi mencari rezeki di bumi Tuhan yang luas ini. Kerinduanku telah terubat…..
Oleh : Khasmahwati Dillah

No comments:

Post a Comment