Friday, 12 October 2012

Pengalaman di Iceland



Saya pergi Iceland ?

Wow..tunggu bila tahun la tu.. kalau kumpul2 gaji tak usik satu sen pun, entah berapa dekad la baru mampu nak kesana tu. Kkeh3…. So, siapa yg ke Iceland ? Haruslah mereka yang berkemampuan yang kaw kaw kaw kan… BOS saya la….
Setiap kali selepas balik dari mana2 tempat lawatan dia, mesti ada ‘buahtangan’ untuk saya. Bukan hadiah2 tu.. no no no…. ia adalah perkongsian pengalaman. Saya suka beb. Memang suka. Tak tau kenapa. Setiap kali dia balik dari mana2..inilah yg saya nanti2kan..bukan bodek bos. Jauh sekali. Entah..saya rasa mcm saya nak pergi melancong jugak~ melancong ne kan bagus sebenarnya. Kita kenal tempat orang, mengetahui apa yg baik dan tidak baik utk dicontohi atau diteladani. Ok ok ok..cukup sampai di situ….

Perkongsian dia adalah….

Di Iceland chef2 kat sana sangat kreatif, menjaga kesihatan, bumi munkgin…apa jela.. Tapi ini tindakan & usaha yg baik. Kalau masak contohnya, diorag tak guna tisu untuk alaskan makanan untuk serap minyak tu. Dorang gunakan kain! Ye kain….

Bukan tu je…biasanya kita kalau  nak masak yg guna bawang atau halia, kita kan hiris atau ada jugak yg ketuk je guna pisau tu. Di Iceland, dorang masukkn bawang ke dalam uncang, lepas tu ketuk.

Faham tak apa yg saya cuba nak sampaikan?

Bermakna bawang ke halia ke tak lah ‘berterbangan’….. sama la juga kesnya masa di meja makan. Dia order ketam. Ok, biasanya part mana yg paling banyak isi ? Tu kat bahagian sepit tu. Tapi kat situ la paling keras nk ‘kokak’. Hihihhih….. so, apa dorang buat ?

‘Jari’ ketam tu dia masukkan dalam uncang dan ketuk! Isi ketam dapat makan dengan puasnya, takde isi-isi ketam yg ‘berterbangan’ mahupun serpihan kulit ketam kena kat kawan di sebelah! Comel kan? Tapi praktikal……

Mr. Google : Mcm ne ke rupa ketam tu agak2nya ye ?

Dapatkah anda faham apakah main point saya dalam perkongsian ini ?
‘alas minyak guna kain’
> tak mau guna tisu dah. Jimat. Erk…. BTW tisu tu diperbuat drpd apaye ?

‘uncang’
> boleh jahit uncang untuk letak kt dapur. Jadi takde la bawang ke halia terbang dah lepas ne….

So, jom menjahit !





Sunday, 23 September 2012

WIP : Sarung cadar baby...

Salam...

Erm....bercadang nak siapkan sarung cadar untuk anak-anak jagaan kakak saya. Kakak saya baby sitter. Tilamnya ada tapi sarung dah kusam + boring kata dia. Dan minta saya jahit yg baru.

Cadangnya... sarung tilam ne ada dua.
Salah satunya, saya hiaskan dengan abjad dan nombor menggunakan mesin sulam.
Satu lagi saya akan gunakan balik kenderaan yg ada kemudian labelkan.


Mudah-mudahan saya berjaya siapkan malam ini.... tengah semangat ni !! Hahahahaha...

Perasan tak apa-apa yang tak kena ? Muahahahaha... sila cari~

Tunggu esok ye!




KHAN Family Day 2012

Salam...

Alhamdulillah... Last wekend berjaya siapkan sulaman nama dan sulaman perkataan pada t'shirt untuk keluarga mak andam saya dulu.

Apsal gambar ne jadi cam ne eh?

Caj yang dikenakan :

Sulaman nama : RM 3
Sulaman perkataan : 'KHAN Family Day 2012' > RM 5

Murah?

Haruslah.... sebabnya.....

1) Ada harga ada rupa 
 > mesin jahit sulam saya home used. Bukannya besar bagak dan sangat stabil banding mesin industri. Kualiti tidaklah superb seperti kedai-kedai yg fokus jahit sulaman t'shirt sahaja. Tapi itu tak bermaksud kualiti yang saya tawarkan 'zero'. Hanya untuk pengetahuan anda je.

2) Caj yg dikenakan, seperti di atas, saya kira berdasarkan berapa kali saya buka dan pasang balik hoop. Sekali pasang saya caj RM 5 (mcm di atas tu : KHAN Family Day 2012).
Atau dalam erti kata lain, perkataan yg di minta boleh fit atau muat-muat untuk masuk pada hoop.
Jika perkataan panjang, mesti tak buat masuk sekali hoop kan, so.. disitulah ada tambahan caj.

Hoop tu apa ? Ok, ini contohnya yg menunjukkan sekali pasang je hoop nye...

Berminat ?

Saya menanti pesanan anda... ^^


Wednesday, 11 July 2012

Ku suka...

Suka sangat-sangat...!!
Masih draf ne, masih ada sedikit pembetulan lagi.
Ok, tak sabar! ^____^

Tuesday, 3 July 2012

Towel Embroidery

Assalamualaikum

InsyaAllah minggu depan 15hb julai 2012 nak buat Majlis Cukur Jambul belah umah mak aku plak.
Towel ne cadangan untuk souviner nanti.

AIM : 50pcs

UPDATE : Berjaya siapkan 100pcs untuk majlis tu.

Layan gambar~




 



Ada yang berminat ?

RM 5.00 / pcs menggunakan towel kecil
RM 8.00 ke atas / pcs menggunakan towel muka
RM 15.00 ke atas / pcs menggunakan towel besar

- tulisan boleh ubah bergantung pada majlis anda.
- tempoh siap : 30 pcs dalam masa 7 hari



Wednesday, 27 June 2012

Pyramid Pouch

InsyaAllah sabtu malam ne (30hb jun 2012) nak buat Majlis Cukur jambul anak yang no 2 : Muhammad Fath.

Untuk abangnya dulu : Faiz, dah buatkan tissue pouch. So, kali ne buat pyramid pouch la pulak.

Aim 100pcs....Another 3 days to go! Mudah2an sempat disiapkan.
Phewww~
update : done
~ berjaya siapkan 163 pcs pada 28hb jun :))
~ RM 1.50 /pcs
~ tempoh siap > 50pcs utk 7hari

Hadiah Perkahwinan..

2 minggu lepas adik kesayangan aku : Atun mintak kain lebihan untuk dia  buat uncang nak bungkuskan hadiah perkahwinan kawan dia berupa beberapa keping buku.
Tapi sebab dah  tak cukup masa, dia request  aku jahit something yang boleh masukkan je buku-buku yang dia nak kasi tu...ala-ala casing.

Ok, rasa ketuk kepala dia ! Sebab mintak last minit.
tapi dah kata pun adik kesayangan kan..buat kan jugak la...

Disebabkan masa yang sangat ringkas & padat tu..elok-elok siap je, dia sambar dan terus bergerak p umah pengantin.
Gambar curi2 je dapat amik. Mmg ar..takkan kat depan-depan org baru nk ambik gmbr hadiah. Harus la org kata poyos~

Walaupun x memuaskan 100% hati aku, yela buat kelam kabut la katakan.... tp ok jugk la percubaan ne. Len kali kwn2 kawen belikn buku je eh. Pas tu buat uncang ke..lepas kawen stil boleh guna jugak kan. Buku ttg rumahtangga pun penting jugak kan...

Layan & amikla idea korang eh... :)