created by faridah abas
setiap gerak geri adanya fabrik!
Friday, 23 January 2015
Kisah Kubur
Kisah Kubur 1.
Situasi : Masuk rumah.
Mama : Faiz, jangan lupa nak masuk rumah bagi salam...
Faiz : Assalamualaikum Ahli Kubur...
Mama : ~telan liur~
Kisah Kubur 2.
Situasi : Lalu depan kubur.
Faiz : Papa, kalo papa dah meninggal nanti tanam kat sini jela. Jangan tanam tempat lain, jangan tanam jauh-jauh. Faiz tak senang nak pergi. Penat tau tak?
Mama & Papa : terdiam terus... kikiki
Sunday, 21 December 2014
Aku Wanita Hebat. Aku Wanita Luar Biasa Hebat.
Org lain harap ada pasangan hidup, AKU ADA DAH.
Org lain harap jadi isteri, AKU ADA DAH.
Org lain harap jadi ibu. AKU ADA DAH.
Org lain harap anaknya bertambah. AKU BERTAMBAH2 DAH.
Nikmat Allah mana yg cuba aku dustakan?? Malunya...
Wahai hati, bertabahlah...
Wahai hati, kau mampu...Cuba...
Thursday, 9 October 2014
Corat coret di KidZania.
Assalamualaikum…
Kerja..meeting..bla..bla.. Ok kita akan ke KidZania utk amik
idea galeri kita nanti. Sila bawa anak masing2 ye. Kang pelik pulak. Hahaha..
Gitula asalnya mcmna aku dpt pergi KidZania ni. So, aku bawa
faiz jela. Nak bawak fath kang x terkawal pulak. Lagipun bos bayor ye..sila segan sikit! (poyo)
So start tya pakcik google review tmpt ni. Apa yg ada. Apa yg
perlu.
So korang boleh la dptkan maklumat tu dgn lengkap ye. Hat tu aku x citer detail
la ye.
TQ cik google
Yg menyeramkan aku adalah, tempat ni semua nya cakap omputih
je. Maklumla aku faham ke nanti. Ecewah alasan.. sebenarnya segan kat anak
nanti. Bertambah2 risau sebab faiz x pandai komunikasi dlm English. Rasa sedih
pun ada. Kesian dia.. tp memandangkan ada je kawan2 yg sama2 p pandai English,
ok la..layankan jela.
“Faiz mama mintak maaf ye. InsyaAllah ma usahakan utk hantar
faiz kelas English, mulai hari ni mama paksa diri belajar pelan2. Tapi Faiz tetap
kena usaha jugak tau. Ini bukan bermakna faiz boleh lepas tgn gitu je..”
Masuk2 je Bandar KidZania tu..bos blanja anak2 beli
souviner. Faiz beli stationary. Tapi aku
recommended, sila beli tali tag. Kenapa? Sebab senang
nak simpan kidzo nanti.
mana gambar tu eh?
Tmpt pertama yg Faiz masuk adalah Jadi Batek. Aku sama2 buat
batik ngan faiz. Since aku boleh menjahit, insyaAllah nanti nak buatkan something drpd
hasil batik tu.
Setiap ‘tempat’ yg korang masuk ada dinyatakan berapa masa
yg akan dilalui oleh anak2 kita. Korang jugak akan tahu samaada ‘anak2 korang
kena bayar’ atau ‘anak2 korang dibayar’… hihih.. gajila tu. macam ni….
Ini masa faiz buat burger MarryBrown.
Capacity > Maknanya hanya 8org je boleh masuk dlm satu2
sesi.
Duration > Masa satu2 sesi tu diambil. Cthnya macam ni
amik masa 15 minit.
Age Suggested > Umur yg sesuai utk anak2 la. sebab ada
permainan yg xsesuai utk faiz.
Economy > Ha.. yg ni penting.. jika ‘+’ maknanya anak2
akan dibayar gaji. Kalo ‘-‘ plak maknanya kena bayar la.
Jadinya masa faiz buat burger kena la bayar 15..kidzo
ye..bukan RM. Sila jgn berkira!. Hahaha.. masa ni aku suka. Sebab makanan dalam
tu kan mahal2. Jadi lepas buat burger, kasi la faiz makan burger. Jimat kan? Hahaha….
Apa aktiviti yg faiz buat ?
Buat batek
Jadi Pilot
Kerja di TNB
Designer Honda
Jadi Bomba
Kerja di Marrybrown
Jadi doktor
Usha2 souviner utk habiskan kidzo. Sebenarnya kidzo
yg x abis boleh je saving kt bank. Tp aku
malas. Saje je. Jadinya aku habiskan dgn lukis tattoo. Dosa x eh? Aku redah
je.. tapi was2 gak sebenarnya.. huhuhu…
Balik….
Kesimpulan :-
Baru belajar2 menulis. Mmg bosan kan.? Try jela… hahah..
Tp pergi KidZania mmg xbosan. Serius teruja sungguh! Dan yg
pasti RM60 yg dilaburkan percayalah snagttttttt puashati dan rasa berbaloi.
Lastly sila la guna slingbag or backpack. Nampak tu..jenuh nak pegang. Ada botol air lgi. Handbeg macam tu mmg x praktikal tau.
Sekian. Ok balik ni kena buat report kat bos pulak. Phew~
Wednesday, 8 October 2014
~wanita~
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan
untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menumpang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari
anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya
dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti
hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa
seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa
ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang
dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah
hatinya,tempat dimana cinta itu ada."
#copy paste
#sentuh hati~
Tuesday, 30 September 2014
Bulan Sabit
Mama : Faiz cuba
tengok bulan tu. “Bulan Sabit”
Faiz :
Mama..mama..macam potong kuku kan..
Mama : Erk…? Aah..
betullah..
#Berfikir diluar kotak
#faizaizen4thn9bulan
Wednesday, 18 September 2013
Majlis berbuka puasa @ Cruise Tasik Putrajaya
Hep hep horeyyy… Tahun ne company belanja staf yang muslim untuk bebuka puasa kat Cruise Tasik Putrajaya.
Rate promo :
Kalo fieda perlu kuarkan duit sendiri untuk spent berbuka puasa sampai RM88 macam tu…memang tak la… Hahahahaha sayang kot. Walaupun untuk berbuka puasa kita akan makan lebih sikit daripada biasa sebab lapar kan… untuk tank yang tak berapa nak besar macam fieda ne, tak berbaloi rasanya….
So, bila company yang bayar WAJIB ikut. Miahahaha….
Sampai je kat ‘port’ korang akan duduk tempat menunggu la. Cantik. Eksklusif u…. 5*…. Tunggu azan. Elok-elok je azan disediakan kurma, air manis dan mineral.
P solat magrib dulu. Surau perempuan tu agak tersorok & kecik sikit. Tapi ok la dari takde kan….
Jam 8.00pm get ready kat cruise. Nak berlayar dah~ aku difahamkan pelayaran hanya amik masa 1 jam setengah je. Dengan aktiviti yang company sediakan. Kena pandai-pandai la adjust masa….
Jom layan gambar~
Review aku tentang iftar @ Cruise Tasik Putrajaya ni adalah….ini dari sudut pandang aku la ye~
Makanan – nak kata betul-betul sedap meleleh-leleh airliur tu takdelah. Yela sebab bayar rm88 kan. Memang assume mewah gila. Tapi bila banding, company yang bayar dan puasa beb..puasa…bersyukur sikit. Rakyat Palestin tu belum tentu ada makanan nak makan untuk bukak puasa ye. So, aku rasa ok je. Takdela nak terkilan-kilan ke apa.
Menu malam tu : nasi putih, masak lemak daging, sotong masak macam kicap2 tu (budak kg betul~), sambal udang, pajeri nenas, ulam2, soto, set nasi beriani termasuk ayam masak merah (feveretttt), air panas, air oren, kuih melayu 3,4 jenis, buah & kuih raya (tak banyak pilihan & boleh dikatakan sikit je dia buh) : fuh..byk jugak makanan. Ini kau kata tak banyak pilihan fieda? @~@ pengsan…..
Walaupun fikir logik tasik tu takdelah nak ombak-ombak kan… tetap jugak rasa cruise tu bergoyang-goyang. Member aku 2 3 orang dah start pening mual dah. Baru bergerak tu.. nak makan agak terganggu la. So, aku amik langkah..makan je. Langsung tak tengok view luar. Tengok view pun jelling-jeling je. Dah settle makan baru tengok puas-puas.
View : actually sibuk makan. Tak menikmati permandangan sepenuhnya. Miahahah… Nampak view dengan jelas masa berjalan nak menyampaikan ke meja hidangan.
Erm…masa cruise tu mula bergerak, disebabkan dah pukul 8.00pm kan agak gelap dan tak berapa nak perasan ne kat mana-kat mana la… (view dari dalam cruise tau) . Bila sampai je bangunan yang korang perasan & ada lampu-lampunya kan, memang cantik la. Jika korang jenis suka tengok lampu lip lap lip lap tu kan, memang puas hati la. Tu view dalam tu. Actually dibenarkan keluar. Tapi kebanyakan kitaorang makannnn je. Hihihih…
Untuk amik gambar view luar pastikan korang ada DSLR. Itu je yang tidak menghampakan kan. Selain tu, sila campak je handpond/kamera dalam tasik tu. Hahahaha….
Review majlis yang company sediakan kan ne…
Super duper best!!!! Walaupun simple. Happy sangat. Bos next year buat lagi eh. Tapi aku ada peluang untuk join tak? Huhuhuh…..
Ada beberapa pertandingan dijalankan. 1) Pakaian tercantik 2) Rekacipta kad raya 3) Lucky Draw
Siapa yang bertuah tu..?
Cadangan penambahbaikan :
Korang pernah naik sampan/cruise kat sg melaka tu tak. Naik tu berbaloi sebab semua bangunan di sepanjang jalan ada lampu. So meriah dan cantik. Pada aku view tu puashati. (view malam la, view siang.. ????? hahahaha…)
So, aku rasa Perbadanan Putrajaya kena tiru yang ini. Sebab bukan semua bangunan sepanjang pelayaran tu ada lampu-lampu. Sampai je tempat gelap-gelap tu kureng syok dah. Tapi bila fikir-fikir balik, sepanjang tepi laluan cruise tu kerajaan nak buh lampu? Pehhh… naik lagilah tarif eletrik, tax itu, tax ini… miahahha….
Subscribe to:
Posts (Atom)