Hep hep horeyyy… Tahun ne company belanja staf yang muslim untuk bebuka puasa kat Cruise Tasik Putrajaya.
Rate promo :
Kalo fieda perlu kuarkan duit sendiri untuk spent berbuka puasa sampai RM88 macam tu…memang tak la… Hahahahaha sayang kot. Walaupun untuk berbuka puasa kita akan makan lebih sikit daripada biasa sebab lapar kan… untuk tank yang tak berapa nak besar macam fieda ne, tak berbaloi rasanya….
So, bila company yang bayar WAJIB ikut. Miahahaha….
Sampai je kat ‘port’ korang akan duduk tempat menunggu la. Cantik. Eksklusif u…. 5*…. Tunggu azan. Elok-elok je azan disediakan kurma, air manis dan mineral.
P solat magrib dulu. Surau perempuan tu agak tersorok & kecik sikit. Tapi ok la dari takde kan….
Jam 8.00pm get ready kat cruise. Nak berlayar dah~ aku difahamkan pelayaran hanya amik masa 1 jam setengah je. Dengan aktiviti yang company sediakan. Kena pandai-pandai la adjust masa….
Jom layan gambar~
Review aku tentang iftar @ Cruise Tasik Putrajaya ni adalah….ini dari sudut pandang aku la ye~
Makanan – nak kata betul-betul sedap meleleh-leleh airliur tu takdelah. Yela sebab bayar rm88 kan. Memang assume mewah gila. Tapi bila banding, company yang bayar dan puasa beb..puasa…bersyukur sikit. Rakyat Palestin tu belum tentu ada makanan nak makan untuk bukak puasa ye. So, aku rasa ok je. Takdela nak terkilan-kilan ke apa.
Menu malam tu : nasi putih, masak lemak daging, sotong masak macam kicap2 tu (budak kg betul~), sambal udang, pajeri nenas, ulam2, soto, set nasi beriani termasuk ayam masak merah (feveretttt), air panas, air oren, kuih melayu 3,4 jenis, buah & kuih raya (tak banyak pilihan & boleh dikatakan sikit je dia buh) : fuh..byk jugak makanan. Ini kau kata tak banyak pilihan fieda? @~@ pengsan…..
Walaupun fikir logik tasik tu takdelah nak ombak-ombak kan… tetap jugak rasa cruise tu bergoyang-goyang. Member aku 2 3 orang dah start pening mual dah. Baru bergerak tu.. nak makan agak terganggu la. So, aku amik langkah..makan je. Langsung tak tengok view luar. Tengok view pun jelling-jeling je. Dah settle makan baru tengok puas-puas.
View : actually sibuk makan. Tak menikmati permandangan sepenuhnya. Miahahah… Nampak view dengan jelas masa berjalan nak menyampaikan ke meja hidangan.
Erm…masa cruise tu mula bergerak, disebabkan dah pukul 8.00pm kan agak gelap dan tak berapa nak perasan ne kat mana-kat mana la… (view dari dalam cruise tau) . Bila sampai je bangunan yang korang perasan & ada lampu-lampunya kan, memang cantik la. Jika korang jenis suka tengok lampu lip lap lip lap tu kan, memang puas hati la. Tu view dalam tu. Actually dibenarkan keluar. Tapi kebanyakan kitaorang makannnn je. Hihihih…
Untuk amik gambar view luar pastikan korang ada DSLR. Itu je yang tidak menghampakan kan. Selain tu, sila campak je handpond/kamera dalam tasik tu. Hahahaha….
Review majlis yang company sediakan kan ne…
Super duper best!!!! Walaupun simple. Happy sangat. Bos next year buat lagi eh. Tapi aku ada peluang untuk join tak? Huhuhuh…..
Ada beberapa pertandingan dijalankan. 1) Pakaian tercantik 2) Rekacipta kad raya 3) Lucky Draw
Siapa yang bertuah tu..?
Cadangan penambahbaikan :
Korang pernah naik sampan/cruise kat sg melaka tu tak. Naik tu berbaloi sebab semua bangunan di sepanjang jalan ada lampu. So meriah dan cantik. Pada aku view tu puashati. (view malam la, view siang.. ????? hahahaha…)
So, aku rasa Perbadanan Putrajaya kena tiru yang ini. Sebab bukan semua bangunan sepanjang pelayaran tu ada lampu-lampu. Sampai je tempat gelap-gelap tu kureng syok dah. Tapi bila fikir-fikir balik, sepanjang tepi laluan cruise tu kerajaan nak buh lampu? Pehhh… naik lagilah tarif eletrik, tax itu, tax ini… miahahha….
No comments:
Post a Comment