Tengku Puan Pahang merupakan Penaung, Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK).
Gmb TPP
Memang tiap-tiap tahun TPP lah yang akan meresmi majlis. Tapi nak dijadikan cerita kali ne TPP tak dapat datang sebab bondanya sedang sakit. Mujurlah TPP beritau beberapa hari je lagi nak konvensyen. TPP direct call bos, Mdm Fully. Jika esoknya majlis, baru hari ne TPP bitau tak datang ataupun kejap kang majlisnya tiba-tiba TPP kata dapat urgent call kena balik tengok bonda dia, pergghhh.. tak tau la nak kata macammana… Bukan apa, fieda diberi tanggungjawab untuk jadi MC pada majlis tu. Fieda ne MC tak bertauliah. Bidan terjun je. Fuhh.. tak dapat nak bayangkanlah jika hal macam tu terjadi…. Seriau! Maklumlah… jadi MC yang 100% berpandukan skrip! Mujurlah..hal itu tak terjadi.
Gmbr aku jd MC
Walaubagaimanapun, perjalanan majlis tak lah semudah yang disangka! Manatau wakil khas TPP lambat datang! Bukan sikit-sikit lambatnya… lambat betul… semua tetamu dah panas punggung. Nak nak plak tetamu VVIP. Muka masing-masing dah kelat. Tu pun ada beberapa VVIP yang tau TPP tak datang terus angkat kaki. Kami tak boleh nak salahkan VVIP ne. Maklumlah masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Nak nak plak wakil khas TPP memang lambat betul! Bukan VVIP je, media pun dah mula rushing nak cover cerita lain. Memang agak huru hara masa tu. Tak boleh jugak nak salahkan wakil khas TPP tu sebabnya dijadikan kebetulan lagi, hari perasmian merupakan hari pertama parlimen bersidang! Jadi boleh bayangkanlah… wakil khas TPP ne pergi bersidang dulu then barulah ke majlis kami. Habis bersidang, dari PWTC ke One Utama pada hari bekerja! Hah bayangkanglah! Memang mencabar tu….
Semasa 1st time konvensyen Epal dijalankan, tahun 2010 jika tak salah. Fieda jugak jadi MC. Semasa sesi penyampaian cendemata untuk TPP dewan agak sunyi sepi masa tu sebab TPP berborak-borak tentang hadiah yang dia dapat. Banyak..macam-macam.. bukan dari Epal je. VIP Epal pun berpeluang sediakan dan serahkan sendiri cenderamata masing-masing. Pada masa tu, berbekalkan pengetahuan yang ada dalam bidang jahitan, naaaakkk je kogsikan dengan audien apa yang TPP dapat. Supaya majlis tak la sunyi sepi sangat dan audien juga dapat tau apa TPP dapat. Disebabkan masa tu sangatlah TAKUT..terpendam dalam mulut jela. Sudahnya..dah bertahun jika teringat rasa nyesal plak.
So, berbekalkan pengalaman pengetahuan yang tak terluah tu..hihihih.. memandangkan keadaan waktu tu amat kelam kabut disebabkan kelewatan wakil khas TPP tu, maka fieda pun take over keadaan tu. Tak tau la apa pendapat orang. Main bedal je. Fieda share apa tujuan majlis tu, apa yang ada dan ternampak di depan mata. Hahahaha… hantam sajalah.. ada beberapa VVIP yang dengar dan mengiyakan apa yang fieda share. Tu yang rasa dihargai dan boleh sharing lebih lagi pengetahuan dalam bidang jahitan yang ada dalam jiwa raga ne! Hahahaha…..
Sharing punya sharing…akhirnya tibalah wakil khas TPP. Fuhh…
Gmbr yb nancy
Majlis dijalankan ikut skrip yang dah dirancang! Hahaha…
Menariknya semasa ucapan Mdm Fully, dia share. Setiap tahun tibanya hari ibu, Mdm Fully & anak akan celebrate sama-sama. Tapi tahun tu, mereka tak dapat sebab anaknya futher study kat Australia. Mdm Fully ada jahitkan scarf untuk anak bujang dia tu. Scarf yang pakai untuk lilit leher masa musim sejuk tu. Dan si anak ni pulak kirimkan message. Katanya.. lebih kurang macam ne “Mummy, walaupun tahun ne kita tak dapat bersama untuk celebrate mother’s day tapi saya tetap rasakan Mummy bersama-sama saya bila saya pakai scarf yang Mummy jahitkan”.
Pada Fieda itu sangat menyentuh tau!
Pastu giliran YB Nancy plak berucap. Katanya…macam biasalah mintak maaf sebab kelewatan dia. Yang menariknya dia juga sedih dan terus teringat dekat anak perempuan dia. Katanya, sebagai wanita bekerjaya dia tak dapat nak sentiasa bersama anak perempuannya. Agak touching la masa tu. Dan dia kagum Mdm Fully ada jahit something untuk anak bujangnya. Yela.. bagi YB mungkin wang ringgit dan harta benda sebagai meluahkan kasih sayang kan… Fieda orang yang terhampir sekali dengan YB jadi memang dengan jelasnya dia sedih nampak rindu seorang ibu kepada anaknya. Maklumlah wanita bekerjaya….
Kemudian ada pengiktirafan kepada pemenang. Ok. Itu entri lain ye.. (klik sini)
Last sekali adalah gimik perasmian.
Kami bawa masuk 12 kanak-kanak yang terdiri dari 6 kanak-kanak perempuan dan 6 kanak-kanak lelaki. Kemudian nyanyikan Lagu Satu Bangsa Kasihi Semua. Lagu ne lagu rasmi Epal. Simboliknya nak beritau kepada semua hadirin yang datang yang terdiri dari NGO, badan kerajaan dan swasta agar sama-sama support wanita KDSM/PSJK dengan membeli produk yang KDSM/PSJK hasilkan. Maklumlah wanita-wanita ne 90% adalah golongan yang memerlukan, yang menjana pendapatan di rumah melalui jahitan.
Ok. Tamat dah salah satu entri. Woha!
By the way, setiap sharing adalah dari sudut pandang mata fieda. Hihih….. yang lain tu kena tanya mereka yang hadir la…
No comments:
Post a Comment