Wednesday, 16 November 2011

Sarung Kusyen Tulip

Sandal Aneesa

Mix & Match Tote

Mix & Match Renda dan Labuci Pouch

Kids Can Sew

Kelengkapan Solat

Genetic Stool

Buah-buahan & Sayur-sayuran Replika

Beginner Starter

Baju Kurung

Apa itu Epal Smart Partner (ESP) ?



Epal Smart Partner (ESP) merupakan francais Pusat Latihan Kraftangan Epal. Melalui ESP aku berpeluang menjalankan perniagaan berasaskan jahitan dari rumah. Main utama ESP adalah menganjurkan kelas jahitan, menjual kit jahitan dan menjual peralatan jahitan. 

’EVERYONE CAN SEW’ 

Ini adalah misi ESP, tagline dan matlamat utama perniagaan aku. Menyampaikan kepada masyarakat betapa mudahnya menjahit!



Keistimewaan kursus jahitan  : 
  • Sistem pengajaran dan projek yang unik
  • Keselamatan diutamakan – menggunakan jarum khas untuk kursus ’Kids Can Sew’ 
  • Kit jahitan mengandungi  nota & langkah jahitan yang mudah 
  • Dapat pengalaman menjahit  dengan hasil usaha sendiri
  • Produk yang berjaya disiapkan menjadi kenangan sepanjang hayat 
  • Dapat sijil dari Pusat Latihan Kraftangan Epal.


Kursus yang ditawarkan :

Dan since aku jugk boleh menjahit dan ada produk sendiri, aku juga menerima tempahan dan menjahit produk siap ( tp ini bergantung pd kesesuaian & kemampuan aku ). Takpe, jika berminat untuk membuat tempahan, terus contact dan kita bincang. Jika aku xmampu buat, aku boleh perkenalkan dgn kwn2 yg boleh bantu korang.... InsyaAllah ...

      Kota Kinabalu, Sabah

      Baru2 ne aku berpeluang ke KK untuk melihat perkembangan rakan2 ESP yang nampaknya sudah mula melakarkan kejayaan disana. Mereka ada kekuatan dan plan sendiri utk memajukan bisnes masing2. Dari segi pendapatan, rata2 membuahkan hasil yang amat memberansangkan hanya dalam masa 3bulan. Namun demikian, kami sama2 saling ingat mengingati, perniagaan ESP ini umpama menanam bawang dengan buah durian. 

      Menanam bawang : tak memerlukan masa yg panjang. Hasilnya hanya boleh dinikmati sekali saja.

      Pokok durian : Hasil yang bakal dinikmati bukan dalam masa yang singkat tetapi perlukan masa. Dalam tempoh itu, kita belajar bersabar menanti hasil. Dan apabila masa itu sudah sampai, hasilnya bukan sekali tetapi berpanjangan.

      Begitu juga ESP. Perniagaan ini bukan untuk cepat kaya tetapi nilai yang terkandung di dalamnya bukan nilai kewangan semata-mata. Tidak dinafikan keuntungan wang tetap matlamat utama sesebuah perniagaan. Namun perniagaan ESP ini mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri berbanding perniagaan lain. Melalui perniagaan ESP ini, sikap dibentuk, disiplin, jati diri, kepimpinan melalui teladan, contoh untuk anak-anak, kemampuan berhadapan cabaran masyarakat setempat atau secara kesimpulannya berpeluang menjadi wanita yang luar biasa dalam bidang kewanitaan.
        
      Bagaimana ? Cuba anda renung sejenak dan fikirkan 2 soalan ini : 
      • Kenapa wanita perlu menjahit?
      • Kenapa mesin jahit perlu ada disetiap rumah ? 

      Jawapan aku :
      • Melalui jahitan kasih sayang disalurkan. Aku ne xpandai berkata-kata. Jadi aku amat berharap, melalui hasil tangan aku, anak2, suami dan keluarga dapat merasai kasih sayang yg aku nk berikan. Tapi dalam masa yg sama, jika ada org berminat, aku boleh jahitkan jugak dan inilah sumber pendapatan aku. Selain dari tu

      Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

               Jadi aku fokus jugak buat kelas jahitan utk yg berminat supaya inilah saham  akhirat aku.

      • Kenapa mesin jahit perlu ? hahahhaha… jwpn aku utk soalan ne hampeh sikit..aku malas jahit tgn hokey! Kalo aku boleh elak, aku elak. Lagipun mesin jahit skang dah canggih tau..xyah susah2..setting je mesin tu..setel!

      Tu jwpan aku. Korang ?

      Atau jika nk jwpn detail terus PM aku di fb, sofar  ‘Mrsgobel Cun’ atau email ‘faridah_abas@yahoo.com’


      Friday, 4 November 2011

      Sulaman pd towel

      Sulaman pd towel

      Harga : RM 10.00 termasuk sulaman perkataan & face towel...

      Masa last day yg sepatotnya bukan last kt ACW tu..kikikik..souviner ne aku sediakan utk kwn2 opis. Sebagai tanda kenang2an..n aku rasa mmg btol2 nk buat. Memandangkan sebaik benti dr ACW aku akn jd bos & kuli utk bisnes sendiri, so ini secara tidak lgsg adalah brg promosi aku jugk.

      Behind de' story - punya over excited xmo p keja dah..malam tu aku xtdo lgsg..demi memikirkan esoknya last day n bila masa aku nk bg kat kwn2 plak kan? takkan nk pilih2 org plak. tu lg aku xsanggup. Oleh yg demikian semua kwn2 kt ACW dapat walaupun utk abg jack & jus designnya agak fancy sikit. miahahahah...bedal la...aku pakai stok yg ada depn mata je...

      Sebelum ne aku letak RM5 utk sulam perkataan dan RM10 utk face towel. So total - RM15.00 agak mahal jugkla pd aku..tp xleh buat ape....sebb xdpt supplier.. but dont wori.. NOW...RM10.00 ONLY include sulaman perkataan ( ikut sukatik korng apa nk tulis) & face towel...

      Horeyyyy!! Aku suka gila dpt jumpa supplier ne.. Boleh aku bg harga yg murah sikit..tp kualiti masih tip top n yg penting boleh cover 'gaji' aku. Almaklumlah...inilah sumber pendapatan aku skang....

      Kalo korang berminat...boleh PM kt fb aku..sofar 'Mrsgobel Cun' o tinggalkan pesan kt email ek 'faridah_abas@yahoo.com' .

      ACW dalam kenangan..

      Bismillah..

      Post ini amat penting buat aku...sebabnya 'perjalanan' yang aku pilih ne bukan mudah dan bukan jugak 100% lahir dari lubuk hati aku. Tetapi kenangan2 yg aku tempuh selama berada di ACW ne membuatkan aku tekad memilih apa yang aku pilih pada hari ne.

      Rasanya 'kenangan2' itu, tak perlulah aku kongsi dengan korang semua. Cukup sekadar, aku tepek 'ACW' ini di sini sebagai penguat semangat bilamana aku cukup yakin 'jalan' yang aku pilih ini bukanlah jalan mudah tetapi amat yakin boleh menjadikan aku - 'Yang Tunggal Yang Istimewa'

      fresh from ACW...xmo edit2... :P

          
      ~ 'bunga' yang xberapa nk kembang sebb dah kena 'pajak' ~



      ~ created by faridah abas ~

      Bismillah...

      'Cant's stop my day until needle and thread meets'