Sunday, 21 December 2014

Aku Wanita Hebat. Aku Wanita Luar Biasa Hebat.


Org lain harap ada pasangan hidup, AKU ADA DAH.

Org lain harap jadi isteri, AKU ADA DAH.

Org lain harap jadi ibu. AKU ADA DAH.

Org lain harap anaknya bertambah. AKU BERTAMBAH2 DAH.

Nikmat Allah mana yg cuba aku dustakan?? Malunya...

Wahai hati, bertabahlah... 
Wahai hati, kau mampu...
Cuba...

Thursday, 9 October 2014

Corat coret di KidZania.


Assalamualaikum…

Kerja..meeting..bla..bla.. Ok kita akan ke KidZania utk amik idea galeri kita nanti. Sila bawa anak masing2 ye. Kang pelik pulak. Hahaha..

Gitula asalnya mcmna aku dpt pergi KidZania ni. So, aku bawa faiz jela. Nak bawak fath kang x terkawal pulak. Lagipun bos  bayor ye..sila segan sikit! (poyo)

So start tya pakcik google review tmpt ni. Apa yg ada. Apa yg perlu.
So korang boleh la dptkan maklumat  tu dgn lengkap ye. Hat tu aku x citer detail la ye.

TQ cik google

Yg menyeramkan aku adalah, tempat ni semua nya cakap omputih je. Maklumla aku faham ke nanti. Ecewah alasan.. sebenarnya segan kat anak nanti. Bertambah2 risau sebab faiz x pandai komunikasi dlm English. Rasa sedih pun ada. Kesian dia.. tp memandangkan ada je kawan2 yg sama2 p pandai English, ok la..layankan jela.

“Faiz mama mintak maaf ye. InsyaAllah ma usahakan utk hantar faiz kelas English, mulai hari ni mama paksa diri belajar pelan2. Tapi Faiz tetap kena usaha jugak tau. Ini bukan bermakna faiz boleh lepas tgn gitu je..”

Masuk2 je Bandar KidZania tu..bos blanja anak2 beli souviner.  Faiz beli stationary. Tapi aku recommended, sila beli tali tag. Kenapa? Sebab senang nak simpan kidzo nanti.

mana gambar tu eh?

Tmpt pertama yg Faiz masuk adalah Jadi Batek. Aku sama2 buat batik ngan faiz. Since aku boleh menjahit,  insyaAllah nanti nak buatkan something drpd hasil batik tu.



Setiap ‘tempat’ yg korang masuk ada dinyatakan berapa masa yg akan dilalui oleh anak2 kita. Korang jugak akan tahu samaada ‘anak2 korang kena bayar’ atau ‘anak2 korang dibayar’… hihih.. gajila tu. macam ni….



Ini masa faiz buat burger MarryBrown.
Capacity > Maknanya hanya 8org je boleh masuk dlm satu2 sesi.
Duration > Masa satu2 sesi tu diambil. Cthnya macam ni amik masa 15 minit.
Age Suggested > Umur yg sesuai utk anak2 la. sebab ada permainan yg xsesuai utk faiz.
Economy > Ha.. yg ni penting.. jika ‘+’ maknanya anak2 akan dibayar gaji. Kalo ‘-‘ plak maknanya kena bayar la.

Jadinya masa faiz buat burger kena la bayar 15..kidzo ye..bukan RM. Sila jgn berkira!. Hahaha.. masa ni aku suka. Sebab makanan dalam tu kan mahal2. Jadi lepas buat burger, kasi la faiz makan burger. Jimat kan? Hahaha….


Apa aktiviti yg faiz buat ?
Buat batek

Jadi Pilot

 Kerja di TNB

Designer Honda

Jadi Bomba

Kerja di Marrybrown


 Jadi doktor

 Usha2 souviner utk habiskan kidzo. Sebenarnya kidzo  yg x abis boleh je saving kt bank. Tp aku malas. Saje je. Jadinya aku habiskan dgn lukis tattoo. Dosa x eh? Aku redah je.. tapi was2 gak sebenarnya.. huhuhu…

 Balik….

Kesimpulan :-

Baru belajar2 menulis. Mmg bosan kan.? Try jela… hahah..
Tp pergi KidZania mmg xbosan. Serius teruja sungguh! Dan yg pasti RM60 yg dilaburkan percayalah snagttttttt puashati dan rasa berbaloi.

Lastly sila la guna slingbag or backpack. Nampak tu..jenuh nak pegang. Ada botol air lgi. Handbeg macam tu mmg x praktikal tau.


Sekian. Ok balik ni kena buat report kat bos pulak. Phew~











Origami


Wednesday, 8 October 2014

~wanita~

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

#copy paste
#sentuh hati~ 

Tuesday, 30 September 2014

Bulan Sabit


Mama   : Faiz cuba tengok bulan tu. “Bulan Sabit”
Faiz       : Mama..mama..macam potong kuku kan..
Mama   : Erk…? Aah.. betullah..


#Berfikir diluar kotak
#faizaizen4thn9bulan

Wednesday, 18 September 2013

Majlis berbuka puasa @ Cruise Tasik Putrajaya

Hep hep horeyyy… Tahun ne company belanja staf yang muslim untuk bebuka puasa kat Cruise Tasik Putrajaya.
Rate promo :
Kalo fieda perlu kuarkan duit sendiri untuk spent berbuka puasa sampai RM88 macam tu…memang tak la…  Hahahahaha sayang kot. Walaupun untuk berbuka puasa kita akan makan lebih sikit daripada biasa sebab lapar kan… untuk tank yang tak berapa nak besar macam fieda ne, tak berbaloi rasanya….
So, bila company yang bayar WAJIB ikut. Miahahaha….
Sampai je kat ‘port’ korang akan duduk tempat menunggu la. Cantik. Eksklusif u…. 5*…. Tunggu azan. Elok-elok je azan disediakan kurma, air manis dan mineral.
P solat magrib dulu. Surau perempuan tu agak tersorok & kecik sikit. Tapi ok la dari takde kan….
Jam 8.00pm get ready kat cruise. Nak berlayar dah~ aku difahamkan pelayaran hanya amik masa 1 jam setengah je. Dengan aktiviti yang company sediakan. Kena pandai-pandai la adjust masa….
Jom layan gambar~
Review aku tentang iftar @ Cruise Tasik Putrajaya ni adalah….ini dari sudut pandang aku la ye~
Makanan – nak kata betul-betul sedap meleleh-leleh airliur tu takdelah. Yela sebab bayar rm88 kan. Memang assume mewah gila. Tapi bila banding, company yang bayar dan puasa beb..puasa…bersyukur sikit. Rakyat Palestin tu belum tentu ada makanan nak makan untuk bukak puasa ye. So, aku rasa ok je. Takdela nak terkilan-kilan ke apa.
Menu malam tu : nasi putih, masak lemak daging, sotong masak macam kicap2 tu (budak kg betul~), sambal udang, pajeri nenas, ulam2, soto, set nasi beriani termasuk ayam masak merah (feveretttt), air panas, air oren, kuih melayu 3,4 jenis, buah & kuih raya (tak banyak pilihan & boleh dikatakan sikit je dia buh) : fuh..byk jugak makanan. Ini kau kata tak banyak pilihan fieda? @~@ pengsan…..
Walaupun fikir logik tasik tu takdelah nak ombak-ombak kan… tetap jugak rasa cruise tu bergoyang-goyang. Member aku 2 3 orang dah start pening mual dah. Baru bergerak tu.. nak makan agak terganggu la. So, aku amik langkah..makan je. Langsung tak tengok view luar. Tengok view pun jelling-jeling je. Dah settle makan baru tengok puas-puas.
View : actually sibuk makan. Tak menikmati permandangan sepenuhnya. Miahahah… Nampak view dengan jelas masa berjalan nak menyampaikan ke meja hidangan.
Erm…masa cruise tu mula bergerak, disebabkan dah pukul 8.00pm kan agak gelap dan tak berapa nak perasan ne kat mana-kat mana la… (view dari dalam cruise tau) . Bila sampai je bangunan yang korang perasan & ada lampu-lampunya kan, memang cantik la. Jika korang jenis suka tengok lampu lip lap lip lap tu kan, memang puas hati la. Tu view dalam tu. Actually dibenarkan keluar. Tapi kebanyakan kitaorang makannnn je. Hihihih…
Untuk amik gambar view luar pastikan korang ada DSLR. Itu je yang tidak menghampakan kan. Selain tu, sila campak je handpond/kamera dalam tasik tu. Hahahaha….
Review majlis yang company sediakan kan ne…
Super duper best!!!! Walaupun simple. Happy sangat. Bos next year buat lagi eh. Tapi aku ada peluang untuk join tak? Huhuhuh…..
Ada beberapa pertandingan dijalankan. 1) Pakaian tercantik 2) Rekacipta kad raya 3) Lucky Draw
Siapa yang bertuah tu..?
Cadangan penambahbaikan :
Korang pernah naik sampan/cruise kat sg melaka tu tak. Naik tu berbaloi sebab semua bangunan di sepanjang jalan ada lampu. So meriah dan cantik. Pada aku view tu puashati. (view malam la, view siang.. ????? hahahaha…)
So, aku rasa Perbadanan Putrajaya kena tiru yang ini. Sebab bukan semua bangunan sepanjang pelayaran tu ada lampu-lampu. Sampai je tempat gelap-gelap tu kureng syok dah. Tapi bila fikir-fikir balik, sepanjang tepi laluan cruise tu kerajaan nak buh lampu? Pehhh… naik lagilah tarif eletrik, tax itu, tax ini… miahahha….

6) Perasmian oleh Tengku Puan Pahang

Tengku Puan Pahang merupakan Penaung, Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK).
Gmb TPP
Memang tiap-tiap tahun TPP lah yang akan meresmi majlis. Tapi nak dijadikan cerita kali ne TPP tak dapat datang sebab bondanya sedang sakit. Mujurlah TPP beritau beberapa hari je lagi nak konvensyen. TPP direct call bos, Mdm Fully. Jika esoknya majlis, baru hari ne TPP bitau tak datang ataupun kejap kang majlisnya tiba-tiba TPP kata dapat urgent call kena balik tengok bonda dia, pergghhh.. tak tau la nak kata macammana… Bukan apa, fieda diberi tanggungjawab untuk jadi MC pada majlis tu. Fieda ne MC tak bertauliah. Bidan terjun je. Fuhh.. tak dapat nak bayangkanlah jika hal macam tu terjadi…. Seriau! Maklumlah… jadi MC yang 100% berpandukan skrip! Mujurlah..hal itu tak terjadi.
Gmbr aku jd MC
Walaubagaimanapun, perjalanan majlis tak lah semudah yang disangka! Manatau wakil khas TPP lambat datang! Bukan sikit-sikit lambatnya… lambat betul…  semua tetamu dah panas punggung. Nak nak plak tetamu VVIP. Muka masing-masing dah kelat. Tu pun ada beberapa VVIP yang tau TPP tak datang terus angkat kaki. Kami tak boleh nak salahkan VVIP ne. Maklumlah masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Nak nak plak wakil khas TPP memang lambat betul! Bukan VVIP je, media pun dah mula rushing nak cover cerita lain. Memang agak huru hara masa tu. Tak boleh jugak nak salahkan wakil khas TPP tu sebabnya dijadikan kebetulan lagi, hari perasmian merupakan hari pertama parlimen bersidang! Jadi boleh bayangkanlah… wakil khas TPP ne pergi bersidang dulu then barulah ke majlis kami. Habis bersidang, dari PWTC ke One Utama pada hari bekerja! Hah bayangkanglah! Memang mencabar tu…. 
Semasa 1st time konvensyen Epal dijalankan, tahun 2010 jika tak salah. Fieda jugak jadi MC. Semasa sesi penyampaian cendemata untuk TPP dewan agak sunyi sepi masa tu sebab TPP berborak-borak tentang hadiah yang dia dapat. Banyak..macam-macam.. bukan dari Epal je. VIP Epal pun berpeluang sediakan dan serahkan sendiri cenderamata masing-masing. Pada masa tu, berbekalkan pengetahuan yang ada dalam bidang jahitan, naaaakkk je kogsikan dengan audien apa yang TPP dapat. Supaya majlis tak la sunyi sepi sangat dan audien juga dapat tau apa TPP dapat. Disebabkan masa tu sangatlah TAKUT..terpendam dalam mulut jela. Sudahnya..dah bertahun jika teringat rasa nyesal plak.
So, berbekalkan pengalaman pengetahuan yang tak terluah tu..hihihih.. memandangkan keadaan waktu tu amat kelam kabut disebabkan kelewatan wakil khas TPP tu, maka fieda pun take over keadaan tu. Tak tau la apa pendapat orang. Main bedal je. Fieda share apa tujuan majlis tu, apa yang ada dan ternampak di depan mata. Hahahaha… hantam sajalah.. ada beberapa VVIP yang dengar dan mengiyakan apa yang fieda share. Tu yang rasa dihargai dan boleh sharing lebih lagi pengetahuan dalam bidang jahitan yang ada dalam jiwa raga ne! Hahahaha…..
Sharing punya sharing…akhirnya tibalah wakil khas TPP. Fuhh…
Gmbr yb nancy
Majlis dijalankan ikut skrip yang dah dirancang! Hahaha…
Menariknya semasa ucapan Mdm Fully, dia share. Setiap tahun tibanya hari ibu, Mdm Fully & anak akan celebrate sama-sama. Tapi tahun tu, mereka tak dapat sebab anaknya futher study kat Australia. Mdm Fully ada jahitkan scarf untuk anak bujang dia tu. Scarf yang pakai untuk lilit leher masa musim sejuk tu. Dan si anak ni pulak kirimkan message. Katanya.. lebih kurang macam ne “Mummy, walaupun tahun ne kita tak dapat bersama untuk celebrate mother’s day tapi saya tetap rasakan Mummy bersama-sama saya bila saya pakai scarf yang Mummy jahitkan”.
Pada Fieda itu sangat menyentuh tau!
Pastu giliran YB Nancy plak berucap. Katanya…macam biasalah mintak maaf sebab kelewatan dia. Yang menariknya dia juga sedih dan terus teringat dekat anak perempuan dia. Katanya, sebagai wanita bekerjaya dia tak dapat nak sentiasa bersama anak perempuannya. Agak touching la masa tu. Dan dia kagum Mdm Fully ada jahit something untuk anak bujangnya. Yela.. bagi YB mungkin wang ringgit dan harta benda sebagai meluahkan kasih sayang kan… Fieda orang yang terhampir sekali dengan YB jadi memang dengan jelasnya dia sedih nampak rindu seorang ibu kepada anaknya. Maklumlah wanita bekerjaya….
Kemudian ada pengiktirafan kepada pemenang. Ok. Itu entri lain ye.. (klik sini)
Last sekali adalah gimik perasmian.
Kami bawa masuk 12 kanak-kanak yang terdiri dari 6 kanak-kanak perempuan dan 6 kanak-kanak lelaki. Kemudian nyanyikan Lagu Satu Bangsa Kasihi Semua. Lagu ne lagu rasmi Epal. Simboliknya nak beritau kepada semua hadirin yang datang yang terdiri dari NGO, badan kerajaan dan swasta agar sama-sama support wanita KDSM/PSJK dengan membeli produk yang KDSM/PSJK hasilkan. Maklumlah wanita-wanita ne 90% adalah golongan yang memerlukan, yang menjana pendapatan di rumah melalui jahitan.
Ok. Tamat dah salah satu entri. Woha!
By the way, setiap sharing adalah dari sudut pandang mata fieda. Hihih….. yang lain tu kena tanya mereka yang hadir la…