Monday, 8 July 2013

‘United Buddy Bears’


United Buddy Bears merupakan pameran kesenian antarabangsa menampilkan lebih 140 patung beruang kaca gentian setinggi dua meter. Cogan katanya ialah:
"Kita mesti cuba mengenali satu sama lain, ini membolehkan kita memahami perasaan orang lain dengan lebih baik, lebih mempercayai satu sama lain, dan hidup bersama dengan lebih aman".
Ia mewakili lebih daripada 140 buah negara yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan toleransi, persefahaman antarabangsa dan mewujudkan konsep hidup aman damai di kalangan pelbagai bangsa dan budaya.
Saya teruja menghasilkan quilt ini kerana setiap gambar patung mewakili Negara-negara tertentu yang ada di antaranya tidak pernah saya dengar! Setiap Negara menampilkan identiti dan budaya masing-masing memberikan saya satu pengalaman dan pengetahuan baru. Sejajar dengan konsep  United Buddy Bears ini, saya kemudiannya memilih kain yang bertemakan tone hijau untuk menggabungkan kesemua patung bear kerana hijau membawa maksud merangkumi segala rasa cinta. Cinta pada Tuhan, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.
Oleh : Khasmahwati Dillah

Biar Gambar Berbicara…

Pengembaraan ke sesebuah tempat mempunyai pelbagai cerita. Tempat yang menarik, kenangan yang indah, kebahagiaan yang terpancar, masa berkualiti bersama keluarga dan pelbagai lagi kisah yang jika boleh ingin dikongsi dengan satu dunia. Justeru, apa jua memori anda biar gambar berbicara…..
Saya diamanahkan untuk menyiapkan quilt yang mengabadikan kenangan Madam Fully dan Mr. Sam yang bercuti ke Iceland. Asalnya pada saya itu adalah lumrah majikan kepada saya. Namun setelah quilt ini siap, kemudian digantung pada dinding barulah saya perasan betapa bahagianya mereka. Saya berdoa agar mereka terus kekal bahagia. Setelah berfikir sejenak, sebenarnya saya juga mempunyai keluarga yang bahagia malah ada banyak memori bersama ibu ayah, keluarga, kawan-kawan yang saya tidak berpeluang untuk dikongsikan bersama orang lain! Tak mustahil jika quilt ini menggunakan gambar saya sekeluarga tentu anda juga sudi doakan kebahagiaan saya. Ini idea baru. Selepas ini pasti saya akan abadikan memori indah saya pula.
Anda bagaimana?
Oleh : Haliza Patimin

Biar Jauh Di Mata, Dihatiku Terkenang Selalu…..


Saya anak kampong yang merantau di bumi Semenanjung. Di sinilah sumber rezeki saya, rezeki yang turut saya kongsikan untuk ibu, ayah dan keluarga di kampong. Demi memberikan insan-insan berharga ini kehidupan yang lebih sempurna, saya sudi berkorban. Apa khabar agaknya kebun buah-buahan di bumi Sabah yang dirindui ?.
Bagaikan menyelusuri kebun buah-buahan di kampong, melihat pelbagai buah-buahan yang masak ranum, melihat kupu-kupu berterbangan, udara yang segar, suasana yang tenang dan mendamaikan. Betapa bertuahnya aku dengan kerjaya dan kemahiranku ini. Walaupun kampong halaman nun jauh di seberang laut, kini aku bagaikan berada di kebunku sendiri. Quilt ini memberikan aku ketenangan ketika menjahitnya, quilt ini umpama memahami perasaan rinduku, quilt ini membuatkan aku tidak terasa jauhnya merantau demi mencari rezeki di bumi Tuhan yang luas ini. Kerinduanku telah terubat…..
Oleh : Khasmahwati Dillah

Akhirnya.....

Last entry 3/12/12. Woha! Lamanya tak update…
Maaf ye… kadang-kadang banyak sangat info nak share. Tapi bila fikir-fikir, perlu ke… boleh ke… layak ke…. Sudahnya… tak payah tulis la.
Macam bagus je..macam banyak ilmu je… aduhai~
Hal-hal macam ne la yang buat tergendala nak mengarang. Takde self-confident. Oh my~
Ok. Apakata sempena kedatangan bulan Ramadhan 2013 merangkap sempena umur fieda ne dah sweet 30.. nak try berhijrah la.. nak buat perubahan…
Ya Allah permudahkan. Mudah-mudahan entri karangan saya memberi manfaat now or later. Mudah-mudahan juga saya tetap terus beristiqamah.
Doakanlah juga ye!

Satu Warna Satu Suara

Apakah yang anda lihat pada quilt ini ?.
Ada yang memberi jawapan, kotak yang berwarna warni, tangga yang berwarna warni dan ada juga yang katakan sarang madu lebah versi berwarna warni! Sebenarnya apa yang anda lihat hanyalah kesan daripada teknik cantuman kain dan gabungan warna semata-mata.
Apabila mata melihat sesuatu, kita sedang mentafsir apakah input yang ingin diterjemahkan ke dalam akal dan fikiran. Kita boleh memilih untuk mentafsir dari sudut positif apa yang dipandang dan berfikiran matang atau memilih untuk mentafsir dari sudut negatif lantas menjadikan emosi dan fikiran kita sentiasa dalam keadaan tertekan.
Setujukah anda jika saya katakan, satu warna memberi kesan yang tidak seberapa atau mungkin kurang serinya. Berbanding sekiranya pelbagai warna digabungkan bersama tentunya menghasilkan quilt yang menarik seperti ini. Selain ingin mengaplikasi kecantikan warna di dalam quilt ini, sebenarnya saya juga sedang menilai diri. Apakah saya mampu menampilkan sikap, kejayaan dan pencapaian dalam kerjaya seindah quilt ini tanpa bantuan dan kerjasama rakan sekerja? Saya yakin, saya bukan siapa-siapa. Begitu juga rakan-rakan sekerja yang lain. Masing-masing mempunyai karektor dan sikap yang tersendiri. Namun demikian saya juga yakin, adanya rakan-rakan seperjuangan di sekeliling saya, yang senantiasa menyokong dan memberikan semangat serta kerjasama antara satu sama lain, itulah antara kekuatan saya dan kekuatan kami semua.

Monday, 3 December 2012

'Seni jahitan kreatif'

Salam readers...

Alhamdulillah fieda menjadi sebahagian warga kerja Epal. Melalui Epal saya kenal yg menjahit is fun! Sewing is easy! Ye betul EASY/MUDAH .....

Di Epal ada pelbagai teknik permudah cara dan up to date dgn zaman tau~

No no no... Blog ini bukan 'platform' untuk saya kata Epal is the best but during i'm create this entry, yeah i'm absolutely proud to be one of them!!!

Epal is number 1 !!

Kenapa?
Ya, saya ada asas dlm bidang jahitan-pakaian. Tapi bukan dlm seni jahitan kreatif.

Seni jahitan kreatif merujuk kepada patchwork, applique,sulaman dan pelbagai lagi yg membuatkan hasil sesebuah produk lebih menarik, cantik dan berestetika tinggi.

Jika yg menjadikan seni jahitan kreatif ini sebagai sumber pendapatan... U are in right track dear. Just follow the rules. Believe your potential, believe in your product.

Believe in your product first then others will aggred with u. Believe me!

By the way, yg tak kenal apa itu seni jahitan kreatif.. Adakah entri-entri ini dan yg lain-lain memberi manfaat kepada anda?

Sure! Next posting fieda try untuk share ilmu dan kemahiran yang ada ye.

Stay tuned...

Mencuba

Fath semput. Kenalaaa sesut gas~