Wednesday, 18 September 2013

6) Perasmian oleh Tengku Puan Pahang

Tengku Puan Pahang merupakan Penaung, Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK).
Gmb TPP
Memang tiap-tiap tahun TPP lah yang akan meresmi majlis. Tapi nak dijadikan cerita kali ne TPP tak dapat datang sebab bondanya sedang sakit. Mujurlah TPP beritau beberapa hari je lagi nak konvensyen. TPP direct call bos, Mdm Fully. Jika esoknya majlis, baru hari ne TPP bitau tak datang ataupun kejap kang majlisnya tiba-tiba TPP kata dapat urgent call kena balik tengok bonda dia, pergghhh.. tak tau la nak kata macammana… Bukan apa, fieda diberi tanggungjawab untuk jadi MC pada majlis tu. Fieda ne MC tak bertauliah. Bidan terjun je. Fuhh.. tak dapat nak bayangkanlah jika hal macam tu terjadi…. Seriau! Maklumlah… jadi MC yang 100% berpandukan skrip! Mujurlah..hal itu tak terjadi.
Gmbr aku jd MC
Walaubagaimanapun, perjalanan majlis tak lah semudah yang disangka! Manatau wakil khas TPP lambat datang! Bukan sikit-sikit lambatnya… lambat betul…  semua tetamu dah panas punggung. Nak nak plak tetamu VVIP. Muka masing-masing dah kelat. Tu pun ada beberapa VVIP yang tau TPP tak datang terus angkat kaki. Kami tak boleh nak salahkan VVIP ne. Maklumlah masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Nak nak plak wakil khas TPP memang lambat betul! Bukan VVIP je, media pun dah mula rushing nak cover cerita lain. Memang agak huru hara masa tu. Tak boleh jugak nak salahkan wakil khas TPP tu sebabnya dijadikan kebetulan lagi, hari perasmian merupakan hari pertama parlimen bersidang! Jadi boleh bayangkanlah… wakil khas TPP ne pergi bersidang dulu then barulah ke majlis kami. Habis bersidang, dari PWTC ke One Utama pada hari bekerja! Hah bayangkanglah! Memang mencabar tu…. 
Semasa 1st time konvensyen Epal dijalankan, tahun 2010 jika tak salah. Fieda jugak jadi MC. Semasa sesi penyampaian cendemata untuk TPP dewan agak sunyi sepi masa tu sebab TPP berborak-borak tentang hadiah yang dia dapat. Banyak..macam-macam.. bukan dari Epal je. VIP Epal pun berpeluang sediakan dan serahkan sendiri cenderamata masing-masing. Pada masa tu, berbekalkan pengetahuan yang ada dalam bidang jahitan, naaaakkk je kogsikan dengan audien apa yang TPP dapat. Supaya majlis tak la sunyi sepi sangat dan audien juga dapat tau apa TPP dapat. Disebabkan masa tu sangatlah TAKUT..terpendam dalam mulut jela. Sudahnya..dah bertahun jika teringat rasa nyesal plak.
So, berbekalkan pengalaman pengetahuan yang tak terluah tu..hihihih.. memandangkan keadaan waktu tu amat kelam kabut disebabkan kelewatan wakil khas TPP tu, maka fieda pun take over keadaan tu. Tak tau la apa pendapat orang. Main bedal je. Fieda share apa tujuan majlis tu, apa yang ada dan ternampak di depan mata. Hahahaha… hantam sajalah.. ada beberapa VVIP yang dengar dan mengiyakan apa yang fieda share. Tu yang rasa dihargai dan boleh sharing lebih lagi pengetahuan dalam bidang jahitan yang ada dalam jiwa raga ne! Hahahaha…..
Sharing punya sharing…akhirnya tibalah wakil khas TPP. Fuhh…
Gmbr yb nancy
Majlis dijalankan ikut skrip yang dah dirancang! Hahaha…
Menariknya semasa ucapan Mdm Fully, dia share. Setiap tahun tibanya hari ibu, Mdm Fully & anak akan celebrate sama-sama. Tapi tahun tu, mereka tak dapat sebab anaknya futher study kat Australia. Mdm Fully ada jahitkan scarf untuk anak bujang dia tu. Scarf yang pakai untuk lilit leher masa musim sejuk tu. Dan si anak ni pulak kirimkan message. Katanya.. lebih kurang macam ne “Mummy, walaupun tahun ne kita tak dapat bersama untuk celebrate mother’s day tapi saya tetap rasakan Mummy bersama-sama saya bila saya pakai scarf yang Mummy jahitkan”.
Pada Fieda itu sangat menyentuh tau!
Pastu giliran YB Nancy plak berucap. Katanya…macam biasalah mintak maaf sebab kelewatan dia. Yang menariknya dia juga sedih dan terus teringat dekat anak perempuan dia. Katanya, sebagai wanita bekerjaya dia tak dapat nak sentiasa bersama anak perempuannya. Agak touching la masa tu. Dan dia kagum Mdm Fully ada jahit something untuk anak bujangnya. Yela.. bagi YB mungkin wang ringgit dan harta benda sebagai meluahkan kasih sayang kan… Fieda orang yang terhampir sekali dengan YB jadi memang dengan jelasnya dia sedih nampak rindu seorang ibu kepada anaknya. Maklumlah wanita bekerjaya….
Kemudian ada pengiktirafan kepada pemenang. Ok. Itu entri lain ye.. (klik sini)
Last sekali adalah gimik perasmian.
Kami bawa masuk 12 kanak-kanak yang terdiri dari 6 kanak-kanak perempuan dan 6 kanak-kanak lelaki. Kemudian nyanyikan Lagu Satu Bangsa Kasihi Semua. Lagu ne lagu rasmi Epal. Simboliknya nak beritau kepada semua hadirin yang datang yang terdiri dari NGO, badan kerajaan dan swasta agar sama-sama support wanita KDSM/PSJK dengan membeli produk yang KDSM/PSJK hasilkan. Maklumlah wanita-wanita ne 90% adalah golongan yang memerlukan, yang menjana pendapatan di rumah melalui jahitan.
Ok. Tamat dah salah satu entri. Woha!
By the way, setiap sharing adalah dari sudut pandang mata fieda. Hihih….. yang lain tu kena tanya mereka yang hadir la…

Thursday, 1 August 2013

Semuanya dari dalam diri


Tiada siapa boleh ubah diri kita kecuali kita.
Tiada siapa boleh tolong ubah sikap kita kecuali kita.
Apa yang kita dapat hari ini adalah hasil yg kita usahakan 3-4 tahun lalu.

Hakikatnya apa yang kita usahakan sekarang menentukan masa depan 3-4 tahun  kita akan datang.

Guru sebagai pembuka jalan, nasihat sebagai bimbingan agar tak lari dari landasan.

Terima dengan hati lapang membuka pintu cahaya hikmah tetapi jika merungut selamanya jiwa dalam kegelapan.

Pilihan ditangan kita.

Tak perlu tanya orang lain, tanyalah diri apa yang perlu dilakukan untuk mendapat masa depan yang hebat!

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/

Wednesday, 24 July 2013

7) Pentas pengiktirafan kepada beberapa wanita Epal & anak-anak yang layak*.

Wow, siap ada simbol * tu… kenapa la ye?
Pada majlis perasmian ne, memang setiap kali konvensyen akan ada pentas pengiktirafan kepada wanita-wanita Epal yang berjaya meraih pendapatan luar biasa. Seriously LUAR BIASA! Mana tak nya. Tokoh-tokoh wanita ne menjahit di rumah je tau. Ada yang buat sambilan je. Malah untuk melayakkan diorang menang, penilaian juga akan lihat pencapaian anak-anak dia. Kiranya, walaupun ibu menjahit anak tetap terpelihara makan pakai la macam tu.
Ok, meh nak share pemenang Tokoh Wanita Cemerlang tempat ke3 :-
Beliau merupakan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 12 tahun. Suaminya merupakan guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sek Men Keb Long Ghafar 2, Kota Bharu. Beliau sudahpun berkecimpung dalam bidang jahitan ini 10 tahun lamanya. Tidak sah menjadi orang pantai timur yang tak suka meniaga. Asalnya, menjahit hanya suka-suka. Disebabkan tempahan dan permintaan bertambah hari ke hari, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membina bengkel jahitan di perkarangan rumahnya. Daripada sekadar hobi, menjadi satu tanggungjawab. Sejak tahun 2009 hingga kini, beliau menjahit produk-produk untuk Kraftangan Malaysia negeri Kelantan dan produk terkini hasil kerja beliau untuk kraftangan negeri Kelantan adalah Beg Bekas Bekal yang menggunakan kain kenaf. Sekiranya para hadirin berpeluang untuk ke pameran Hari Kraf Kebangsaan, produk-produk hasil kerja tangan beliau seperti beg, sarung kusyen, alas meja yang menggunakan kain batik, songket dan kenaf ada dipamerkan di sana. Memperolehi pendapatan sebanyak RM 42,372 sepanjang tahun 2012 dengan purata pendapatan bulanan RM 3,531, beliau yang dimaksudkan ialah Puan Fareza Mohamed dari negeri Kelantan.

Tokoh Wanita Cemerlang tempat ke2 :-
Beliau merupakan graduan akuantansi dan ibu kepada 4 cahaya mata yang dilahirkan di Terengganu. Pada tahun 2005, beliau ditawarkan Valuntary Separation Scheme atau VSS. Justeru, beliau mengintai-intai peluang perniagaan yang sesuai untuk dirinya sambil tidak mengabaikan tugas seorang ibu. Bermodalkan  wang VSS yang diterima,  beliau mengambil kursus jangka pendek belajar menjahit langsir dan menjadikan tukang jahit sebagai kerjaya. Bagi beliau, pemilihan kerjayanya ini amat penting supaya boleh dijadikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Malah baginya VSS bukan penamat sebaliknya VSS adalah permulaan kerjaya. Pelanggan beliau fokus kepada kawan-kawan, saudara mara dan jiran tetangga. Ditambah pula dengan kemahiran seni jahitan kreatif, kini beliau boleh tersenyum dan tidak perlu lagi risau kerana boleh menjana pendapatan sepanjang tahun. Niat asal untuk menambah pendapatan keluarga sambil memberi inspirasi kepada anak-anak, kini beliau boleh berbangga kerana berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 110,960 sepanjang tahun 2012 dengan purata pendapatan bulanan RM 9,246, beliau yang dimaksudkan ialah Puan Jamaliyah Salleh dari negeri Selangor.

Tokoh Wanita Cemerlang tempat Pertama :-
Beliau merupakan ibu kepada 4 cahaya mata yang semuanya bersekolah dan tentunya memerlukan perbelanjaan persekolahan yang tinggi. Walaupun bergaji tetap dan merupakan seorang penjawat awam dalam sebuah jabatan kerajaan, kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan beliau terfikir mencari pendapatan tambahan. Berbekalkan beberapa biji mesin sulam, sokongan suami, ibu yang turut membantu, malah tidak menghampakan anak-anak yang ringan tulang, kini aktiviti menyiapkan tempahan umpama aktiviti yang mengeratkan hubungan beliau sekeluarga.
Walaupun bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan pada waktu malam itu tidak bermakna beliau tidak komited dengan kerjayanya. Buktinya beliau telah dinobatkan Pekerja Cemerlang pada Julai 2012 dan Pekerja Terbaik Dalam Jabatan pada Disember 2012. Tempahan yang semakin memberansangkan dan yakin dengan pendapatan yang bakal diperolehi, membuatkan beliau nekad untuk meletakkan jawatan baru-baru ini.  Justeru keputusan meletakkan jawatan pada bulan Mei lalu sebenarnya telah mengecewakan Tuan Pengarah beliau.
Para hadirin sekalian, pada tahun 2011 beliau mencatat kemenangan di tempat ketiga dengan purata pendapatan RM 7,000 pada hari ini dengan bangganya beliau telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa hanya dalam masa 2 tahun sahaja. Pada tahun ini, beliau telah mengungguli tempat pertama, dengan pendapatan sebanyak RM 260,115 sepanjang tahun 2012 dan purata pendapatan bulanan RM 21,676. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Sarizal Hapimi bt Sabudin dari Pulau Pinang

Amacam teruja tak?!
Ada juga pengiktirafan kepada anak-anak Epal yang berjaya dapat straight A’s dalam UPSR, PMR dan SPM. Fuh..diorg punya sharing pun makan dalam tau! Touching gila jika anak-anak fieda buat ucapan macam tu bila dah berjaya sok. Huhuhuh…..

Kategori UPSR :-
Adik Arief Taufiq dilahirkan pada 16hb Jun 2000 di Hospital Kota Tinggi, Mersing. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik yang kesemuanya lelaki. Pelajar yang meminati matapelajaran matematik dan sains ini juga seringkali memasuki pertandingan musabaqah al-quran dan bercita-cita untuk melangkahkan kaki ke MRSM. Alhamdulliah beliau sudahpun  terpilih ke MRSM Mersing selepas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.
Sebagai ibu dan ayah, Puan Hasnah dan Encik Azhar memberi dorongan dan sokongan padu kepada anaknya malah melengkapkan segala keperluan yang diperlukan termasuk teknologi komputer dan televisyen yang dipantau rapi oleh mereka. Berkat doa ibu ayah mudah-mudahan usaha dan pencapaian adik Arieff dicontohi adik-adik.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Adik Nurin Syafia binti Hisham dari Kelantan merupakan anak kepada pemenang Tokoh Wanita 2012 iaitu Puan Fariza Mohamed. Adik Nurin anak keempat dari lima orang adik beradik ini sedang menuntut di sekolah berprestasi tinggi, Sek Mek Keb Agama Naim Lilbanat.
Bagi beliau, kejayaan dalam bidang akademik dan kokurukulum yang dimilikinya, adalah hasil usaha dan sokongan ibu yang menyediakan tempat belajar yang kondusif untuknya di rumah. Ibu yang banyak memberi tunjuk ajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik ini, sentiasa memberi galakan untuk adik Nurin berjaya dalam bidang yang diminatinya. Kata adik Nurin, kejayaan saya, sepenuhnya adalah sokongan dan dorongan semua ahli keluarga.

Kategori PMR :-
Ayah saya pemandu. Ibu saya tukang jahit. Saya bakal doktor pakar.
Kata-kata adik Nurhayati bt Mazlan dari Melaka ini bukan sahaja kenyataan malah inilah gambaran masa depannya. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab masing-masing. Sebagai seorang anak, beliau merasakan tanggungjawab untuk mengharumkan nama ibu dan ayah di kalangan masyarakat kini telahpun beliau laksanakan. Beliau bersyukur ayah dan ibu tidak pernah sesekali mengeluh membesarkannya, malah memastikan keperluan kewangan dan kerohanian untuknya dan adik beradik yang lain, sentiasa  mencukupi. Kata adik Nurhayati lagi, saya bangga dikurniakan ibu dan ayah yang terbaik dalam kehidupan saya.

Kategori SPM :-
Keluarga sempurna saya terdiri dari ayah tiri saya, Mohd Sofian b Abdullah, ibu saya Aishah Ismail. Saya mempunyai 2 orang kakak. Yang pertama Norfazila yang bertugas sebagai doktor di Hospital Melaka, kedua Norhafiza sedang tahun akhir di UiTM dalam bidang kejuruteraan eletrik, yang bongsu adalah saya yang kini sedang mengambil kursus intensif Bahasa Arab di Kolej IKIP Pahang dan akan ke Mesir pada bulan September nanti untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian selama 5 tahun atas tajaan MARA. Walaupun  awalnya keluarga saya menghadapi pelbagai konflik, tapi ibu berjaya melengkapkan pelajaran kami bertiga dan hampir semuanya berjaya.
Kata beliau lagi, sejujurnya, ibu telah memberikan sokongan padu, pendidikan lahiriah dan insaniah, kasih sayang, perhatian serta keperluan asas yang sangat mencukupi. Atas dasar itu saya merasakan bahawa menggapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran  merupakan salah satu tanggungjawab terbesar saya terhadap ibu. Saya mengimpikan airmata daripada ibu disebabkan kejayaan saya bukannya kegagalan.  Maka dengan itu, ibu telah menjadi matlamat saya dalam pelajaran, kerana sesungguhnya membuat ibubapa  merasa bangga dengan anaknya adalah cara yang terbaik membalas jasa walaupun belum setaraf dengan apa yang ibu korbankan untuk kita. Adik yang begitu matang berkata-kata ini adalah adik Noraliaa binti Jaafar dari Selangor


Fieda tak tau apa perasaan korang baca sharing pemenang-pemenang ne. Buat fieda, personally memang amat-amat tersentuh…. Terutama bab anak-anak la. Yang kejayaan ibu-ibu tu kagum jela..
By the way, fieda ne kan MC untuk majlis tu. That’s why la dapat full story macam ne. Miahahaha…..
Fieada juga ada dengar, ada antara pemenang ne yang lepas majlis terus cabut sebab rasa bengang dan tertipu TPP tak hadir. Yela sebab mereka dah all out bekerja demi nak menang dan dapat bergambar dengan TPP. Bukan senang tu! Tapi harapnya mereka faham….kami/Epal tak pernah menipu. Memang sepatotnya TPP yang meresmi majlis dan sampaikan anugerah. Jika tak mana kami berani nak pakai banner, surat jemputan semuanya mention nama TPP. Gila ke hapa? Nak cari nahas….
Itulah namanya kita merancang segala-galanya dengan terbaik tapi Allah juga sebaik-baik perancang! Ada hikmah ne…. banyak… asalkan kita sudi berfikir dengan baik pasti kita nampak dengan jelas!
Bagi pihak majlis, jika hal ini benar.. maaf ye!

Wednesday, 10 July 2013

Konvensyen Epal 2013

Konvensyen seni jahitan kreatif anjuran Pusat Latihan Kraftangan Epal telahpun melabuhkan tirainya seminggu yang lalu. Jika sebelum konvensyen sibuklah dengan persiapan. Selepas konvensyen sibuklah pula mengemas! Penatnya jangan katala…. Fieda? Tolong tengok je. Sebab konvensyen kali ne sedang mengandung anak yang ke3 jadi ada excuse~ hihihih….
Fieda pun ada tanggungjawab jugak walaupun mengandung. Tapi kerja ringan jela namun tak kurang pentingnya. Ecewah…. Tetap tak mau kalah. Saja gurau…. Eh eh…tajuk topic ne nk citer pasal konvensyen. Melalut la pulak…
Entri ni akan dikarang beberapa peringkat la. Sebab tersangatlah panjangnya. Mungkin…. Hahahaha… harap-harap berjaya ditulis demi perkongsian anda yang membaca tu.

   
Konvensyen kali ne dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK). Dijalankan pada 26hb – 30hb Jun 2013 di One Utama, Damansara.

Antara aktiviti-aktiviti jahitan yang dijalankan adalah :-
1) Pertukaran 32 keping quilt block dengan luar Negara.
2) Wanita Malaysia hasilkan 400 keping quilt berukuran 12”x12” untuk jualan amal.
3) Aktiviti jahitan percuma untuk 300 orang ibu tunggal.
4) Aktiviti menjahit DIY yang hanya memerlukan masa 1 jam. Ada 4 projek jahitan di tawarkan.
5) Aktitviti menjahit dengan pakar luar Negara - Taiwan & Jepun selama 4 jam.
6) Perasmian oleh Tengku Puan Pahang
8) Pameran seni jahitan kreatif.
9) Aktitiviti menjahit untuk anak-anak menggunakan Sew Mini.

Seriously, aktiviti sangatlah padat! Setiap kali ada pengunjung yang walk-in memang diorang teruja! Yela..biasanya menjahit.. well~ jahit pakaian…. Tapi bila Epal anjurkan pameran besar-besaran tentang seni jahitan kreatif masing-masing ambil pengalaman baru. Ok, yang itu fieda akan try share semasa buat entri mengikut kategori-kategori yang dah diklasifikasikan tu. Ecewah…..

Yang tak minat..ada jugak. Tengok sambil lalu je… Fieda sebagai antara staf yang kena duduk depan pintu masuk, kena bagi flyer pada pengunjung, as long as diorang tak minat tapi sudi senyum or cakap it’s ok thanks…sejuk rasa hati… malu oke! Tapi demi tugas kuteruskan jua~ hahahaha….

Ok. Doakan saya berjaya sharing semua entri ne ye~

Monday, 8 July 2013

Pengalaman Menjadi Chef

Masakan, memasak dan wanita amat sinonim sekali. Kemahiran memasak amat penting demi menambat hati sesiapa saja yang memakan hasil air tangan anda. Menariknya kini, kemahiran ini bukan lagi menjadi aktiviti kegemaran kaum wanita malah kaum lelaki turut ikut serta. Namun demikian, adakah wanita masa kini benar-benar mahir memasak ?
Persoalan ini agak kelakar bagi saya. Walaupun kini saya telah berusia 31 tahun, belum pernah sekalipun saya memasak sebiji kek! Sangat lucu rasanya. Selepas terhasilnya quilt ini saya berasa teruja pula. Manakan tidak, motif cup cake pada bahagian tengah quilt saya hasilkan menggunakan teknik applique yang kemudiannya saya turut kombinasikan dengan fabrik bermotifkan cup cake. Mungkin pada masa ini saya tidak mampu menghasilkan cup cake yang sebenar tapi saya yakin quilt bermotifkan cup cake ini telah mencairkan imaginasi anda untuk segera mencari cup cake!
Oleh : Nani

Bercinta Sampai Ke Syurga….

Melihat Crane Bird betapa damainya jiwa saya. Melihat Crane Bird saya berharap mampu menjadi sepertinya. Melihat Crane Bird saya yakin, sayalah wanita terbaik untuknya!
Tahukah anda, Crane Bird merupakan sejenis burung yang setia seumur hidup terhadap pasangan sepanjang hayatnya ?
Secara fitrahnya, manusia diciptakan berpasang-pasangan. Melalui takdir Tuhan kita dipertemukan, kemudiannya mengenali antara satu dengan yang lain dan akhirnya memilih untuk hidup bersama. Bakhtera perkahwinan umpama lautan luas. Kadangkala bergelora, kadangkala begitu tenang. Kematangan dan tolak ansur menjadi roda kemudi, kesabaran dan ketabahan menjadi kekuatan demi memperolehi sebuah perkahwinan yang kekal abadi.
Perasaan inilah yang mendorong saya menyiapkan quilt ini. Berbekalkan rasa cinta, kasih sayang dan kesetiaan seorang isteri kepada sang suami tersayang yang wujud dihati, maka saya gunakan teknik jahitan tangan sepenuhnya untuk melekatkan sepasang Crane Bird ini pada kain dasar. Cantuman kepingan-kepingan kain yang kecil dan kehalusan jahitan tangan amat saya titikberatkan walaupun proses ini memerlukan ketekunan dan kesabaran. Itulah cinta! Kerana cinta, kasih sayang dan kesetiaan, setiap cabaran, dugaan dan halangan sudi dihadapi dengan kesabaran.
Suamiku, aku berharap mampu menjadi seperti setianya Crane Bird sehingga akhir hayatku kepadamu dan aku juga berdoa, kau juga begitu…

Semangat Si Bunga Matahari, Perjuangan Belum Selesai.

Bunga Matahari adalah identiti perjuangan Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM) yang ahli-ahlinya terdiri daripada 90% wanita atau lebih tepat lagi ibu-ibu. Bunga Matahari bukan sahaja cantik kerana bentuk dan warnanya, tetapi sifatnya yang sentiasa menghadap arah yang sama iaitu matahari yang boleh diibaratkan sebagai ahli-ahli KDSM yang mempunyai matlamat yang sama. Mereka inginkan hidup yang lebih selesa dan sempurna untuk anak-anak dan keluarga menggunakan kemahiran menjahit yang mereka miliki.
Pernahkah anda melihat teknik ini?
Tepat sekali. Teknik lipatan kain yang digunakan ada pada alas kaki! Asalkan kreatif teknik yang mudah mampu hasilkan projek jahitan yang amat luar biasa.
Quilt ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan sebuah projek yang besar. Memang amat mencabar dan menguji kesabaran namun sangat teruja untuk memastikan quilt ini siap. Betapa sukarnya saya yang perlu melipat dan mencantum kepingan kain satu persatu kemudian menjahit beribu-ribu biji manik tapi tidak terbanding rasanya kesukaran serta ketabahan ahli-ahli KDSM berjuang mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak dan keluarga. Semangat ibu-ibu inilah yang menjadikan saya kuat dan kental demi sama-sama memberi sokongan kepada ahli-ahli KDSM.
Mungkinkah sebegini sukar dan tabah ibu mendidik serta membesarkan saya? Oh ibu, perjuangan, kasih sayang, kesanggupan, tanggungjawab dan pelbagai lagi 1001 kisah suka dukamu membesarkanku akan aku kenang. Umpama si Bunga Matahari, akan kupastikan diriku ini bersamamu menyelusuri hari tuamu menuju kebahagiaan. Jasamu ibu akan kubalas!
Oleh : Norfadilawati